ROM: Seorang wanita dianggap 'berhati mulia' apabila sanggup melepaskan semula lobster atau udang kara ke laut yang sebelum dijadikan makan malam bersama suaminya di sebuah restoran makanan laut Gente di Mare, Italy.
Daily Star melaporkan, tindakan wanita itu membuatkan pengunjung restoran terkejut selepas memesan makanan mewah berharga 175 pound (RM1,020) dan melepaskan kembali haiwan itu ke habitat asalnya.
Wanita yang tidak dikenali itu telah mengunjungi Gente di Mare terletak di Golfo Aranci, Sardinia bersama suaminya dan memesan lobster untuk dijadikan menu makan malam mereka.
Pemilik restoran, Antonio Fasolino berkata, dia mengambil udang itu dan menimbangnya di dapur dan kemudian memberitahu pasangan itu bahawa ia seberat dua kilogram dan berharga 175 pound.
Kemudian, udang itu dibawa ke dalam baldi lutsinar dan diletakkan di sebelah pasangan itu.
Sebelum melakukan tindakan mengejutkan semua, pelanggan itu sempat bertanya kepada pemilik restoran jika udang ini akan 'cedera' selepas dilepaskan dari tempat tinggi dari meja makan terletak berhampiran tembok restoran yang mengadap laut.
Selepas mendengar penjelasan lanjut, wanita itu segera melepaskan udang ke laut sambil perbuatannya dirakam suaminya.
Pengunjung lain dan kakitangan restoran terkejut dengan kejadian tersebut kerana mereka menyangka bahawa dia hanya bergurau.
"Melihat kegembiraan dan keterujaannya, saya juga terharu. Dia sangat gembira kerana dapat memenuhi hasrat ini dan kami tumpang gembira dengan niat baiknya itu," kata Antonio. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Wed Sep 20 2023

Pengunjung restoran melepaskan lobster kembali ke laut selepas memesannya untuk dijadikan makan malam. - Foto agensi

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Memasak udang kara hidup-hidup merupakan satu kesalahan
Ia susulan laporan pencinta haiwan yang menyatakan bahawa udang kara mempunyai perasaan dan ia merasai kesakitan ketika direbus atau dimasak hidup-hidup.