Penghormatan terakhir buat mangsa korban akibat COVID-19 di China

Agensi
April 4, 2020 18:30 MYT
Upacara penghormatan terakhir dan bertafakur selama tiga minit dilakukan di seluruh negara pada Sabtu pada jam 10 pagi. Foto: AP Newsroom
China memberikan penghormatan terakhir buat mangsa yang terkorban akibat wabak COVID-19.
Upacara penghormatan terakhir dan bertafakur selama tiga minit dilakukan di seluruh negara pada Sabtu pada jam 10 pagi.
Upacara tersebut turut disertai oleh Presidennya, Xi Jinping bersama pemimpin-pemimpin kanan yang lain di Beijing.
Memetik laporan Xinhua, orang ramai turut membunyikan hon kereta mereka sebagai tanda penghormatan terakhir, selain perkhidmatan pengangkutan awam seperti kereta api dan kapal persiaran melakukan perkara sama di bandar-bandar utama lain di republik itu.
Orang awam yang turut menyertai upacara tersebut menyifatkan mangsa yang terkorban akibat pandemik itu sebagai 'mati syahid'.
BACA: COVID-19: Tanpa tanda gejala bukan bermakna bebas virus korona
BACA: COVID-19 hasil gabungan dua jenis virus - Penganalisis genom
Menurut salah seorang penduduk Wuhan, Sheng Xiaohang, selepas perintah berkurung ditarik semula, mereka berharap keadaan normal di Wuhan akan kembali seperti dahulu.
Selepas 8 April apabila perintah berkurung ditarik semula di Wuhan, kami akan dapat melihat semula kesesakan lalu lintas dan kehidupan akan kembali normal seperti sedia kala. Hari ini kami hadir untuk memperingati mangsa yang terkorban. Ini kerana sejarah seperti ini tidak patut kita lupakan.
Setakat Sabtu, China mencatatkan 81,639 kes positif COVID-19 dengan 3,326 kematian.
BACA: Pasar haiwan eksotik Wuhan dibuka semula?
#bertafakur #China #penghormatan terakhir #Wuhan #Xi Jinping
;