Penganjur Sukan Olimpik Rio 2016, sedang menyiasat laporan sebuah bas yang diserang sewaktu membawa petugas media ke venue pertandingan, semalam.

Gambar yang tersebar di internet menunjukkan bas dengan dua tingkap pecah, dan kaca bertaburan hingga ke bahagian dalam, termasuk di atas kerusi penumpang.

Sehingga kini, tiada yang mengetahui siapa bertanggungjawab ke atas kerosakan tersebut.

Terdapat beberapa laporan mendakwa kenderaan itu telah ditembak, sementara ada yang beranggapan bas tersebut telah dilempar dengan batu.

Insiden berlaku pada jam 7:45 malam waktu tempatan, ketika bas melintas favela. Favela adalah istilah tempatan yang merujuk kepada kawasan setinggan di Brazil.

Seorang wartawan Belarus cedera di bahagian tangan.

“Kami segera meniarap di lantai bas sementara bas terus bergerak sejauh dua kilometer, sebelum polis mengiringi kami ke pusat media utama," ujar wartawan Argentina, Gaston Sainz.

Ketika dihubungi Omnisport, jurucakap perlawanan mengesahkan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti keadaan sekitar tempat kejadian itu.

Pada Sabtu lalu, sebutir peluru jatuh ke kaki seorang jurugambar yang berada di venue ekuestrian. Pasukan keselamatan membuat kesimpulan bahawa peluru berpandu telah dilancarkan ke arah kapal polis yang membuat rondaan di udara oleh penduduk setempat.

Satu bahan letupan yang dikawal menerusi jarak jauh juga telah diletakkan berhampiran dengan garisan penamat bagi acara berbasikal lelaki pada Sabtu lalu.