TOKYO: Mana-mana pendaki yang bercadang untuk mendaki Gunung Fuji di Jepun semasa musim pendakian dibuka pada Julai depan perlu membayar 2,000 yen (AS$14), lapor agensi berita Kyodo.
Rasional bayaran itu akan dikenakan di laluan yang paling biasa digunakan untuk mendaki itu untuk mengurangkan kesesakan serta bagi membiayai langkah keselamatan, Gabenor Wilayah Yamanashi, Kotaro Nagasaki dilaporkan sebagai berkata pada Khamis (1 Feb).
Hasil kutipan akan digunakan untuk melaksanakan langkah-langkah untuk mencegah "bullet climbing" dan untuk membina tempat perlindungan sekiranya Gunung Fuji meletus, kata sumber kerajaan wilayah kepada The Japan Times.
Bayaran 2,000 yen yang akan dikenakan kelak berbeza daripada caj 1,000 yen yang dikenakan ketika ini ke atas pendaki Gunung Fuji berdasarkan secara sukarela atas sokongan usaha pemeliharaan gunung itu.
Dalam perkembangan sama, wilayah Shizuoka, yang menguasai tiga laluan ke gunung itu, tidak bercadang untuk mengutip yuran tambahan selain hanya mengekalkan caj sedia ada bagi tujuan pemuliharaan.
Gunung Fuji melintasi wilayah Yamanashi dan Shizuoka di tengah-tengah Jepun dan titik permulaan untuk pendakian adalah kira-kira dua jam dari Tokyo dengan menaiki kereta api.
Gunung berapi yang dilitupi salji terkenal di Jepun di luar Tokyo biasanya dibuka kepada pendaki dari Julai hingga September dan menarik ratusan ribu orang yang sering meredah malam untuk melihat matahari terbit.
Sesetengah orang yang mendaki pada waktu malam mudah diserang "hipotermia dan terpaksa dibawa kembali ke stesen pertolongan cemas," kata seorang pegawai tempatan kepada AFP pada 2023.
Hipotermia ialah keadaan di mana suhu badan seseorang menurun secara ekstrem sehingga di bawah paras normal yang diperlukan untuk fungsi badan yang optimal.
Sekurang-kurangnya seorang maut ketika mendaki gunung setinggi 3,776 meter itu tahun lepas. - Agensi
Agensi
Fri Feb 02 2024

Mana-mana pendaki yang bercadang untuk mendaki Gunung Fuji di Jepun semasa musim pendakian dibuka pada Julai depan perlu membayar 2,000 yen (AS$14). - Gambar Pixabay

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Pendaftaran dalam talian dan fi diperkenalkan atasi kesesakan di Gunung Fuji
Wilayah itu menerima maksimum 4,000 pendaki sehari, 3,000 slot disediakan untuk tempahan secara dalam talian.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pendaki perlu bayar AS$14 untuk daki Gunung Fuji - Laporan
Bayaran itu akan untuk mengurangkan kesesakan serta bagi membiayai langkah keselamatan.

Tokyo boleh lumpuh jika Gunung Fuji meletus - Kajian
Jika ia terjadi, bandar raya Tokyo bakal ditenggelami abu setebal 10 sentimeter (4 inci).