Pencalonan Chuck Hagel sebagai setiausaha pertahanan Amerika Syarikat mencetuskan kebimbangan kalangan pemimpin di Israel.

Segelintir pemimpin menyifatkan Hagel sebagai seorang tokoh yang tidak bersimpati dengan agenda Israel.

Malah pendirian Hagel dalam isu senjata nuklear Iran dan hubungan dengan Palestin bertentangan dengan pendirian kerajaan Israel.

Pelantikan Hagel itu juga bakal merenggangkan hubungan dua hala antara Obama dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Menurut speaker parlimen Israel Reuven Rivlin, meskipun pihaknya bimbang mengenai perkembangan ini, namun hubungan strategik antara kedua-dua negara itu tidak ditentukan oleh seorang pemimpin sahaja.

White House bagaimanapun menafikan berita itu sambil menyifatkan pendirian Hagel terhadap Israel dan Iran telah disalah tafsir.