Selain itu, nasihat untuk meminum air yang banyak juga turut dipraktikkan pada situasi ini.
Selain mengutamakan nasihat untuk menjaga diri sewaktu bahang panas itu berlaku, kita juga tidak sepatutnya lupa untuk mengurus penggunaan air secara lebih efisyen.
Adalah penting untuk kita sentiasa memastikan strategi terbaik dalam pengurusan air. Kita sewajarnya mengawal persekitaran air bagi menjamin permintaan di masa hadapan.