TEBING BARAT: Pihak berkuasa Palestin (PA) memaklumkan, seorang pemimpin Hamas di Tebing Barat meninggal dunia dalam tahanan Israel.
Mustafa Muhammad Abu Ara, 63, meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
Berita kematian Mustafa dimaklumkan menerusi satu kenyataan bersama Badan Hal Ehwal Tahanan PA dan badan pemerhati, Kelab Tahanan Palestin.
Sementara itu, Hamas dalam kenyataan menzahirkan dukacita terhadap pemergian pemimpinnya itu.
Pergerakan Islam itu menganggap pendudukan Israel bertanggungjawab kerana mengabaikan hak sesorang manusia untuk mendapatkan rawatan perubatan.
Badan pemerhati menyebut, Mustafa ditangkap pada Oktober tahun lalu, ketika beliau mengalami masalah kesihatan yang serius.
Kata badan pemerhati itu, semasa dalam tahanan, Mustafa mengalami penyiksaan dan dibiarkan kelaparan.
Sebelum ini, pihak berkuasa Palestin menuduh Israel menjalankan ‘perang balas dendam’ yang zalim terhadap tahanan Palestin sejak permulaan perang di Gaza.
Namun, Israel menolak sekeras-kerasnya tuduhan mengenai penyalahgunaan sistematik tahanan dan mendakwa kononnya bertindak mengikut undang-undang antarabangsa.
Kematian Mustafa juga mengudang protes dalam kalangan penduduk di Gaza yang menganggap ia usaha Israel untuk menghapuskan pemimpin-pemimpin Hamas.
Iisrael sebelum ini berikrar untuk memburu pemimpin Hamas dan teruskan perang yang bermula sejak 7 Oktober lepas sehingga kumpulan itu dilumpuhkan dan kejayaan berpihak kepada mereka.
Astro Awani
Sat Jul 27 2024
Mustafa ditangkap pada Oktober tahun lalu, ketika beliau mengalami masalah kesihatan yang serius. - Foto X/Peer Community Hub
Persiapan pentas akhir Gegar Vaganza
Pentas akhir Gegar Vaganza kini tinggal sehari sahaja dan persiapan rapi sedang giat dijalankan.
PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 80 pokok bonzai kayu hitam di Jalan Kasban, hadapan Pos Pok Teh Kana, Rantau Panjang, menerusi Op Taring Wawasan pada Khamis.
Kementerian ekonomi perlu masa, data perlu tepat
Kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam memuktamadkan tangga pendapatan bagi klasifikasi T15.
Statistik pembuangan sisa Malaysia
Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Keselamatan Negara (MKN) & SWM Environment.
[TERKINI] Sultan Selangor tidak setuju wujud garis panduan
Sultan Selangor pendirian tegas tidak bersetuju cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di Selangor.
Jangan hina rezeki tong sampah
Bapa yang juga OKU kepada tiga anak, sanggup dipandang hina mencari sisa di tong sampah demi kelangsungan hidup sekeluarga.
Pengguna lebuh raya sambut baik larangan kenderaan berat waktu puncak
Pengguna jalan raya termasuk pemandu lori menyambut baik pelaksanaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini.
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS kembali meningkat, manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat 4 petang.
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.