NEW DELHI: Pemimpin dunia menyampaikan ucapan takziah dan menzahirkan kesedihan mereka atas pemergian Presiden Iran Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter di barat laut Iran pada Ahad lepas.
Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dalam ucapan takziahnya, mengumumkan hari berkabung selepas Iran mengesahkan kematian Raisi, 63, Menteri Luar Hossein Amir Abdollahian dan pegawai-pegawai lain dalam nahas itu.
"Saya bersama kerajaan dan rakyat Pakistan menyampaikan ucapan takziah dan simpati mendalam kepada negara Iran atas kehilangan besar ini. Semoga roh-roh yang syahid ditempatkan di syurga. Rakyat Iran yang hebat akan mengatasi tragedi ini dengan keberanian yang biasa mereka tunjukkan," kata Shehbaz.
Pakistan berbesar hati dapat menerima kunjungan Presiden Raisi dan Menteri Luar Hossein Amir Abdollahian dalam lawatan bersejarah kurang sebulan lepas. Mereka adalah sahabat baik Pakistan," katanya.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Ebrahim Raisi, semua penumpang maut
Perdana Menteri India Narendra Modi dalam mesej takziahnya mengingati sumbangan Allahyarham Presiden dalam memperkukuhkan hubungan India-Iran.
"Ucapan takziah ikhlas saya kepada keluarganya dan rakyat Iran. India berdiri bersama Iran dalam masa kesedihan ini," kata Modi.
Kedutaan Iran di New Delhi menggambarkan Raisi sebagai "penyokong orang-orang tertindas di dunia."
Tragedi ini turut diratapi di Maldives dan seluruh Asia Selatan.
"Saya berdoa kepada Allah SWT agar memberkati roh Presiden Raisi, Menteri Luar Abdollahian, dan lain-lain yang kehilangan nyawa dalam kejadian malang ini dan memberikan mereka Syurga Firdaus. Ingatan dan doa kami bersama keluarga yang berduka dan rakyat Iran dalam waktu kesedihan yang mendalam ini," kata Presiden Maldives, Mohamed Muizzu.
Menteri Luar Maldives, Moosa Zameer, berkata Raisi adalah "seorang pemimpin berdedikasi yang akan diingati kerana kebijaksanaannya dan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk kemajuan Iran dan rakyatnya" dan memanggil Abdollahian "penyokong setia hubungan baharu antara Maldives dan Iran".
"Sri Lanka sangat terkejut dan sedih dengan kematian tragis Presiden Ebrahim Raisi, Menteri Luar Amir Abdollahian dan pegawai kanan Iran yang lain," kata Presiden Ranil Wickremesinghe dalam ucapannya.
Menteri Luar Sri Lanka, Ali Sabry, meluahkan rasa terkejutnya mengenai insiden itu.
"Saya mengingati banyak lawatan dan pertemuan dua hala antara negara kita, serta lawatan Presiden Raisi ke Sri Lanka bulan lepas," katanya.
Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan menyampaikan ucapan takziah kepada rakyat dan Kerajaan Iran dalam hantarannya di X.
"Saya menyampaikan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Presiden Ebrahim Raisi, Menteri Luar Hossein Amir-Abdollahian, dan mereka yang menyertainya selepas kemalangan tragis ini.
Kami berdoa agar Allah memberikan mereka istirehat abadi dan kami bersimpati kepada keluarga mereka. UAE berdiri bersama Iran pada masa sukar ini," katanya.
Presiden Majlis Eropah, Charles Michel, dalam satu hantaran di X berkata:"EU menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Presiden Raisi dan Menteri Luar Abdollahian, serta anggota delegasi dan kru mereka dalam kemalangan helikopter. Ingatan kami bersama keluarga mereka".
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024
Pemimpin dunia menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Presiden Iran Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter. - Foto Reuters
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Ketua baharu Hezbollah, Naim Qaseem akan ‘kuatkan’ pertahanan - Presiden Iran
Qassem yang berusia 71 tahun sering dirujuk sebagai orang "nombor dua" dalam Hezbollah.
Presiden Iran berkabung kematian Yahya Sinwar
Berita kematian Yahya Sinwar "sama-sama menyakitkan dan memilukan bagi pencinta kebebasan di seluruh dunia, terutama rakyat Palestin yang berani.
Penindasan ke atas umat Islam perlu dihentikan - Pezeshkian
Presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian, menegaskan bahawa sistem penindasan ke atas umat Islam perlu dihapuskan melalui kerjasama dan sinergi antara negara-negara Islam.
Presiden Iran Pezeshkian angkat sumpah jawatan di Parlimen
Presiden Masoud Pezeshkian mengangkat sumpah jawatan di Parlimen Iran untuk mula memimpin cabang eksekutif negara itu secara rasmi bagi tempoh empat tahun.
Malaysia, Iran bincang perkukuh hubungan dua hala
Speaker Parlimen Iran Mohammad Baqer Qalibaf dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengadakan pertemuan pada Isnin untuk membincangkan hubungan dua hala dan perkembangan serantau.
Iran akan mengikuti dasar luar didorong peluang - Pezeshkian
Pezeshkian berkata beliau akan mengutamakan pengukuhan hubungan dengan negara jiran untuk mempelopori pembentukan "rantau yang kuat".
Anwar ucap tahniah kepada presiden baharu Iran Dr Masoud Pezeshkian
Anwar dalam hantaran di laman Facebook berkata kemenangan itu mencerminkan semangat demokrasi rakyat Iran dan masa depan yang cerah buat negara itu.
Pezeshkian dahului pilihan raya presiden Iran
Masoud Pezeshkian mendahului pusingan penentuan pilihan raya presiden Iran selepas 70 peratus undi selesai dikira setakat ini.
Pezeshkian dahului pemilihan Presiden Iran, kemungkinan undian penentu pada 5 Julai
Keputusan awal dalam Pilihan Raya Presiden ke-14 Iran mendapati Massoud Pezeshkian mendahului setakat ini.
Polisi luar negara Iran dijangka kekal walau dipimpin presiden baharu - Penganalisis
Polisi luar negara Iran akan kekal dan tidak berubah terutamanya melibatkan pendirian negara itu yang kekal tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah.