Sistem pemeriksaan darat oleh pihak imigresen di sini kembali normal pagi ini, menurut Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan Singapura (ICA).

"Trafik dijangka kembali sesak semasa waktu puncak sebelah pagi," katanya dalam laman Facebook hari ini.

System pemeriksaan di Woodlands dan Tuas didapati perlahan sejak pukul 5.40 petang semalam dan beransur-ansur kembali normal selepas hampir empat jam.

Pemantauan pada lima kamera di pusat pemeriksaan mendapati pengunjung memerlukan antara 25 hingga 40 minit untuk memasuki Singapura melalui Woodlands daan antara 20 hingga 35 minit menerusi Tuas.

Untuk keluar pula, ia memerlukan antara 55 hingga 90 minit menerusi Woodlands dan antara 15 hingga 25 minit menerusi Tuas.

Maklumat terkini boleh disemak di laman web Pihak Berkuasa Darat.

-- BERNAMA