POLIS Hong Kong mempergiatkan siasatan pembunuhan kejam membabitkan model dan pempengaruh popular Abby Choi dengan menemu bual penduduk di perkampungan Tai Po pada Rabu.
Ia bagi mengumpul lebih banyak bukti tentang kematian wanita berusia 28 tahun itu.
Puluhan pegawai dari Unit Jenayah Wilayah Barat Kowloon dikerah ke kawasan kampung berkenaan bagi mendapatkan maklumat termasuk jika melihat individu mencurigakan di kawasan kejiranan pada 21 Februari lalu.
Seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Chan memaklumkan pihak berkuasa menyoalnya termasuk jika ada terdengar sebarang bunyi meragukan pada hari kejadian.
Bagaimanapun, wanita berusia 65 tahun itu memaklumkan tidak mendengar apa-apa kerana tidur awal pada malam kejadian.
Beberapa penduduk turut memberikan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kenderaan dan kediaman mereka.
Sementara itu, seorang pekerja di sebuah restoran memaklumkan bilangan pengunjung telah menurun sebanyak dua pertiga sejak beberapa hari lalu.
"Biasanya kami menerima kunjungan keluarga yang datang bersama anak-anak untuk mendaki dan menjamu selera.
"Tetapi mereka tidak datang dalam beberapa hari lalu mungkin kerana berita ngeri (pembunuhan) itu," kata pekerja itu, yang tidak didedahkan identiti.
Choi dipercayai dibunuh minggu lalu dengan suspek didakwa memotong mayatnya di sebuah flat seluas 500 kaki persegi.
Pada Ahad, tengkorak dan beberapa tulang rusuk Choi ditemui dalam periuk besar berisi sup di sebuah rumah tiga tingkat di Tai Po.
Beberapa anggota badan mangsa turut diambil minggu lalu dari peti sejuk di kediaman sama.
Setakat ini, empat suspek iaitu bekas suaminya Alex Kwong, bekas abang ipar, serta ibu bapa mentua Choi ditahan reman tanpa ikat jamin selepas dihadapkan ke mahkamah pada Isnin atas tuduhan membunuh dan menghalang proses keadilan.
Punca kematian dipercayai ada kaitan dengan pertikaian di antara Choi dan bekas suaminya Kwong serta keluarga mentua berhubung harta bernilai puluhan juta dolar.
Agensi
Wed Mar 01 2023
Pada Ahad, tengkorak dan beberapa tulang rusuk Choi ditemui dalam periuk besar berisi sup di sebuah rumah tiga tingkat di Tai Po. -Instagram xxabbyc
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Pembunuhan Abby Choi: Polis soal penduduk kampung
Ia bagi mengumpul lebih banyak bukti berhubung kematian wanita berusia 28 tahun itu.