Seorang pembikin video Amerika Syarikat, Casey Neistat menggunakan peruntukan dana yang diberikan oleh syarikat produksi, 20th Century Fox untuk membantu mangsa-mangsa tragedi Taufan Haiyan di Filipina.
Dana tersebut diberikan kepada Neistat untuk digunakan bagi membuat video promosi filem terbaru arahan Ben Stiller ‘The Secret Life of Walter Mitty’.
Neistat meminta kebenaran untuk menggunakan dana tersebut daripada syarikat terbabit dan menerima persetujuan dengan serta merta.
Beliau dan temannya serta beberapa sukarelawan terbang ke Wilayah Tacloban di Filipina untuk memberi dan mengagihkan sendiri sumbangan berbentuk makanan dan ubat-ubatan.
Neistat turut merakam video perjalanan mereka yang berjudul “What would you do with $25,000” serta keperitan dan kemusnahan di Tacloban di mana video terbabit kemudiannya menjadi viral di internet.
Sebelum melaksanakan perancangan murni itu, Neistat menerangkan kepada Fox mengenai perancangannya dalam membantu mangsa-mangsa tersebut dan Fox terus bersetuju kerana ia dilakukan atas tujuan amal.
Keizinan yang diberikan Fox itu juga dapat mengelakkan beliau dari disaman oleh pihak produksi dan kesempatan yang diberi itu, diguna sebaik mungkin oleh Neistat demi misi amalnya itu.
Memetik Neistat sebagai menulis: “Oleh itu dalam keadaan ini, kami bertekad untuk menjalankan aktiviti sukarelawan sendiri. Ternyata, ianya sangat rumit, namun dengan bantuan rakan-rakan sukarelawan tempatan, kami berjaya memanjangkan bantuan kepada semua masyarakat, termasuk juga bantuan ubat-ubatan kepada wakil perubatan tempatan. Selain itu juga, bantuan peralatan pertukangan juga turut diberikan kepada warga desa dalam usaha memulihkan kembali rumah-rumah yang telah musnah”.
Saksikan video tersebut.
Astro Awani
Thu Dec 19 2013
![Pembikin video habiskan bajet syarikat produksi bantu mangsa Taufan Haiyan Pembikin video habiskan bajet syarikat produksi bantu mangsa Taufan Haiyan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/41387435671_295x200.jpg)
Pembikin video Amerika Syarikat, Casey Neistat
![Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739278343_TBGobind.jpg)
Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.
![SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye
Lee berkata, walaupun objektifnya mengekalkan keselamatan dan kestabilan, ia tidak boleh mengorbankan hak asasi manusia dan kebebasan sivil.
Pemotong rumput jumpa bom tangan di LPT2
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata lelaki itu menemukan satu objek yang mencurigakan pada pukul 12.50 tengah hari dan menghampirinya sebelum mendapati ia adalah sebutir bom tangan ketika sedang memotong rumput di lokasi berkenaan.
Polis kesan pemandu pacuan empat roda sengaja rempuh kereta
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.
![Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739748481_GermanyProtest.jpg)
Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich
Rakaman menunjukkan pegawai menggunakan kekerasan terhadap beberapa individu yang terlibat dalam tunjuk perasaan oleh kumpulan sayap kanan.
Zelenskyy tiba di UAE, situasi perang antara tumpuan utama
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, dan isterinya, Olena, tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada ahad.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Trump yakin dapat bertemu Putin bincang perang Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan pada hari Ahad bahawa beliau yakin boleh bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin, dalam masa terdekat.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Turkiye bantu Syria baik pulih Lapangan Terbang Damsyik
Pasukan teknikal terdiri daripada 25 anggota dari Turkiye telah mula bekerja di Syria untuk membaik pulih Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Hezbollah desak Israel berundur sepenuhnya dari Lubnan
Ketua kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan menegaskan bahawa tentera Israel mesti berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan sebelum 18 Februari,
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Trump ulangi sokongan terhadap tindakan Israel
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengulangi pada Ahad sokongannya terhadap tindakan seterusnya Israel di Gaza.
![Pembikin video habiskan bajet syarikat produksi bantu mangsa Taufan Haiyan Pembikin video habiskan bajet syarikat produksi bantu mangsa Taufan Haiyan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/41387435671_295x200.jpg)
Pembikin video habiskan bajet syarikat produksi bantu mangsa Taufan Haiyan
Seorang pembikin video Amerika Syarikat, Casey Neistat telah menggunakan peruntukan dana yang diberikan oleh produksi filem membantu mangsa Taufan Haiyan.