Ahli Parlimen pembangkang dari Parti Buruh Britain, Sadiq Khan mempunyai peluang yang tinggi untuk memenangi pilihan raya Datuk Bandar di London.
Menurut laporan AFP, ini adalah kerana beliau sedang mendahului calon-calon lain dalam pilihan raya tersebut, dan sekiranya menang, beliau akan menjadi pemimpin Islam pertama mengetuai sebuah kota raya utama di dunia.
Anak pemandu bas itu mendapat 14 mata mengatasi Zac Goldsmith, pesaingnya dari Parti Konservatif.
Khan sebelum ini membela dirinya daripada serangan Goldsmith yang menuduh beliau gagal mengutuk tindakan sebilangan umat Islam yang disifatkan sebagai ekstrem.
Sepuluh calon lain turut berebut jawatan yang bakal dilepaskan Boris Johnson.
Satu kajian oleh akhbar Evening Standard menyebut bahawa Khan mempunyai 35 peratus peluang untuk memenangi jawatan itu berbanding Goldsmith dengan hanya 26 peratus.
Sebuah lagi kajian oleh ComRes untuk radio LBC dan ITV London news menyebut bahawa Khan mempunyai 45 peratus peluang memenangi jawatan itu berbanding Goldsmith dengan hanya 36 peratus dalam undian pertama.
Dalam undian kedua, Khan mempunyai 56 peratus peluang memenangi jawatan itu berbanding Goldsmith dengan hanya 44 peratus dalam undian pertama.
Khan, 45, pernah bekerja sebagai peguam hak asasi manusia sebelum menjadi menteri kerajaan.
Goldsmith, 41, pula adalah pencinta alam sekitar dan anak lelaki kepada hartawan, James Goldsmith.
AFP
Wed May 04 2016

Ahli Parlimen pembangkang dari Parti Buruh Britain, Sadiq Khan mempunyai peluang yang tinggi untuk memenangi pilihan raya Datuk Bandar di London.
15,764.9 metrik tan sisa e-waste disita - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi berkata 15,764.9 metrik tan sisa e-waste disita dianggarkan bernilai RM55 juta melibatkan 47 premis melalui Op Hazard di seluruh negara dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar. #AWANInews

Pekerja penyelenggaraan direman tiga hari berhubung penemuan peluru
Permohonan reman itu dibenarkan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Op Hazard: NRES periksa 47 premis, sita 15,764.9 tan metrik sisa elektrik, elektronik
Pemeriksaan mendapati bahawa 30 premis beroperasi secara haram dan tujuh premis merupakan premis barang lusuh.

Digg bakal kembali! Diambil alih oleh pengasas asal bersama pengasas Reddit
Digg baharu bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan dijangka dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Kematian pegawai perbendaharaan: Kes diklasifikasikan semula jika ada keterangan perlakuan jenayah - Polis
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, kes itu setakat ini masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Trump tangguh tarif automobil dari Kanada, Mexico selama sebulan
Ia atas permintaan ketua Ford, General Motors dan Stellantis bagi memastikan syarikat terbabit "tidak berada dalam kedudukan yang merugikan."

'Saya pulang ke rumah, menangis selepas kalah'
Bekas pemain kebangsaan Itali itu menjelaskan suasana ketika dia pulang ke rumah dalam keadaan kecewa susulan tewas.

Peter Anthony dipenjara: KDM bermesyuarat minggu ini
Wetrom mengakui penyokong dan pemimpin parti kecewa dengan keputusan tersebut namun bertekad untuk lebih bersemangat meneruskan perjuangan.

Pusat servis tayar, kereta serta 13 motosikal musnah dalam kebakaran
Tiada mangsa dilaporkan berada dalam premis itu dan api berjaya dikawal sepenuhnya jam 3.49 pagi.
AWANI Ringkas: Siasatan kes Ismail Sabri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

8 fakta penting tentang Sadiq Khan, Datuk Bandar London pertama beragama Islam
Dengan kemenangan bersejarah ini, mari kita lihat lapan fakta berkenaan Datuk Bandar London pertama beragama Islam, Sadiq Khan.