PELAKON yang memegang watak Syerif William Teasle dalam filem sulung Rambo "First Blood" meninggal dunia pada usia 81 tahun.
Brian Dennehy, pelakon versatil yang berkecimpung dalam filem dan pentas sepanjang kariernya selama 50 tahun meninggal dunia pada Rabu.
First Blood merupakan filem pertama yang membuka jalan untuk mendiang menempa nama dalam industri filem.
Pelakon utama filem itu, Sylvester Stallone dalam postingnya di Instagram (@officialslystallone) mengucapkan takziah atas pemergian Dennehy.
"Brian Dennehy telah pergi meninggalkan kita. Mendiang seorang pelakon hebat ... dia juga seorang veteran perang Vietnam yang banyak membantu saya membina karakter sebagai RAMBO.
"Dunia telah kehilangan seorang artis yang hebat. #First Blood."
Sepanjang kariernya, Dennehy pernah memenangi dua Anugerah Tony termasuk pelakon terbaik dalam Death of a Salesman, Anugerah Laurence Olivier, Golden Globe, Anugerah SAG selain enam pencalonan dalam Anugerah Primetime Emmy.
Selain filem aksi First Blood di samping Sylvester Stallone, mendiang pernah berlakon dalam beberapa genre filem lain termasuk komedi dan sastera Shakespeare antaranya Romeo + Juliet.
Dennehy juga pernah berlakon di samping Robert De Niro dan Al Pacino dalam Righteous Kill pada 2008, dan Russell Crowe dalam The Next Three Days pada 2018.
Dennehy meninggal dunia di New Haven, Connecticut ditemani isteri Jennifer Arnott dan anak-anaknya Cormac, Elizabeth, Kathleen, Deirdre serta keluarga mereka.
Astro Awani
Thu Apr 16 2020
Dennehy (kanan) yang memegang watak Syerif William Teasle dalam filem Rambo "First Blood" meninggal dunia pada usia 81 tahun. -Instagram
Consider This: DRG Pricing (Part 1) — The Right Prescription for Healthcare Costs?
Medical costs are rising, and so are the premiums for health insurance. To tackle this, the Malaysian government is considering introducing a Diagnosis-Related Group pricing system. But is DRG the right prescription for Malaysia’s healthcare woes, or will it create new challenges for hospitals, doctors, and patients alike? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Azrul Mohd Khalib, CEO of the Galen Centre for Health and Social Policy.
Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah siap Disember lepas - Nik Nazmi
Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah dengan kos RM200,000 telah disiapkan pada 9 Dis lepas, kata Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.
AWANI Tonight: S'pore tops passport ranking list again, M'sia holds 12th place
Singapore has the world's most powerful passport with visa-free access to 195 countries, while Malaysia ranks 12th, offering access to 183 destinations.
AWANI Tonight: Japan faces biggest flu outbreak in 25 years
Japan experienced its largest flu outbreak in 25 years in late December, with nearly 318,000 cases reported, more than three times the cases recorded in the same period in 2023.
AWANI Tonight: Wildfire sweeps through Hollywood hills, five dead
Wildfires around Los Angeles have spread to the Hollywood Hills, burning 50 acres, destroying hundreds of homes, and killing at least five people in the area's most destructive wildfire ever.
AWANI Ringkas: Rasuah | Perkhidmatan awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Restoran diserbu | Isu Titah Adendum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan akan pajak lebih banyak gerabak tambah kapasti perkhidmatan kereta api Perlis-JB - Rafizi
Kerajaan akan memajak lebih banyak gerabak bagi perkhidmatan kereta api dari Padang Besar, Perlis, ke Johor Bahru untuk meningkatkan kapasiti kepada 50 peratus menjelang 2030.
Ini penjelasan peguam mengenai pihak yang terikat dengan pertikaian mengenai Titah Adendum
Peguam dan Pengasas RAPERA, Datuk Seri Dr. Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata sebarang titah yang dimahsyurkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak mengikat Yang di-Pertuan Agong semasa, Sultan Ibrahim. Tegasnya, tidak wajar dan tidak tepat untuk untuk mana-mana pihak mengaitkan Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim dengan pertikaian mengenai titah adendum ketika ini. #DialogTigaPenjuru
Adakah Titah Adendum mengikat kerajaan jika tidak dibawa ke mesyuarat Lembaga Pengampunan? Ini pandangan peguam
Ahli Dewan Negara dan peguambela peguamcara, Senator Datuk Salehuddin Saidin berkata titah adendum tidak wajar mengikat kerajaan untuk dilaksanakan sekiranya ia tidak dibawa dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan untuk dipertimbangkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Jelasnya, persoalan sama ada titah adendum ini menjadi sebahagian agenda rasmi mesyuarat Lembaga Pengampunan pada Januari 2024 akan menjadi tumpuan pendengaran kes di Mahkamah Tinggi 13 Januari akan datang. #DialogTigaPenjuru
Pelakon filem 'Rambo' Brian Dennehy meninggal dunia
Dennehy meninggal dunia di New Haven, Connecticut ditemani isteri Jennifer Arnott dan anak-anaknya Cormac, Elizabeth, Kathleen, Deirdre serta keluarga mereka.