LONDON: Peningkatan 54 peratus had harga tenaga di United Kingdom (UK) bukan sahaja menjejaskan jutaan rakyat di negara itu, malah turut memberi kesan yang ketara kepada perbelanjaan pelajar-pelajar Malaysia.
Pelajar jurusan akaun dan kewangan di London School of Economics (LSE), Wan Farah Afina Wan Huzairi, 23, berkata, secara purata mereka yang tinggal di kota London perlu membayar sekitar £55 (RM303.70) sebulan untuk gas dan elektrik.
Namun, selepas kenaikan yang nyata mengejutkan ramai pihak itu, dia kini harus membayar £83 (RM458.31) seorang.
““We have to pay for other bills, transportation, groceries lagi setiap bulan … lebih kurang £190 (RM1,050) untuk sebulan. Memang peningkatan ni amat besar dan untuk tinggal di London harga tenaga mungkin lagi mahal berbanding di luar London,” kata anak sulung daripada empat adik-beradik itu kepada Astro AWANI baru-baru ini.
Perbelanjaan bulanan secara purata, jelas Wan Farah Afina, merangkumi sewa rumah sebanyak £730 (RM4,030), pengangkutan £80 (RM441), barangan keperluan serta makanan £180 (RM993), lain-lain perbelanjaan £185 (RM1,021) dan selebihnya untuk simpanan.
Agensi berita BBC melaporkan kenaikan 54 peratus had tenaga elektrik mengakibatkan isi rumah secara purata membayar gas dan elektrik sebanyak £1,971 (RM10,883.58) setahun.
Gabenor Bank England, Andrew Bailey dilaporkan sebagai berkata, negara itu sedang menghadapi kenaikan tunggal terbesar dari harga tenaga sejak 1970-an.
Had itu ditetapkan setiap enam bulan untuk England, Wales dan Scotland khusus bagi melindungi pelanggan domestik daripada ketidakstabilan harga pukal tenaga.
Sementara itu, portal berita The Guardian melaporkan ribuan rakyat England telah turun ke jalanan untuk membantah kenaikan harga utiliti tersebut, dan protes berlaku di London, Cardiff, Birmingham serta beberapa bandar besar yang lain.
Beberapa kumpulan, termasuk Trades Union Congress dan aktivis anti-kemiskinan telah menyuarakan kebimbangan bahawa kenaikan itu disekalikan dengan inflasi dan gaji yang rendah, boleh memaksa rakyat membuat pilihan yang sukar – sama ada memanaskan rumah mereka atau membeli makanan.
Mengulas lanjut, Wan Farah Afina yang juga bekas ahli Majlis Perwakilan Pelajar UK dan Ireland (UKEC) berkata, setakat ini dia menerima biasiswa Petronas sebanyak £1,400 (RM7,730) sebulan.
“Pada pandangan saya, jika tiada intervensi daripada pihak kerajaan, kami perlu terus berjimat-cermat untuk terus hidup di negara ini,” katanya lagi.
Bagi Presiden UKEC, Nicole Siaw Chong Lin, 21, dia turut menerima maklum balas yang sama dari pelajar-pelajar Malaysia dan impak itu jelas lebih terasa kepada mereka yang menerima tajaan biasiswa daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Kata Nicole, data menunjukkan jumlah tajaan dari dua entiti berkenaan tidak menunjukkan peningkatan ketara sejak 10 tahun lepas dan itu sedikit sebanyak memberi kesan terhadap pelajar yang sedang menghadapi kos sara hidup yang tinggi di United Kingdom.
“Jadi kita bercakap tentang mereka yang tinggal di London atau Bristol, yang purata perbelanjaan untuk sara hidup jauh lebih tinggi berbanding kawasan lain dalam negara ini.
“Malah, UKEC juga menerima maklumbalas tentang bagaimana pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan, khususnya dari golongan B40 … ibu bapa atau penjaga mereka sudah pasti tidak mampu untuk memberi bantuan kewangan,” katanya lagi.
Nicole, yang juga pelajar tahun kedua jurusan mekanikal, Imperial College berkata, UKEC sudah berjumpa dengan sebilangan besar pelajar yang terkesan dengan isu tersebut, termasuk mereka yang benar-benar memerlukan bantuan kewangan.
Jelasnya lagi, data dan maklumat itu kemudiannya akan dibawa bersama ke dalam perbincangan bersama pihak-pihak berkepentingan, termasuk pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London.
Firdaus Azil
Sun Apr 03 2022
Agensi berita BBC melaporkan kenaikan 54 peratus had tenaga elektrik sehingga meningkatkan purata pembayaran 1,971 pound (RM10,883.58) setahun. - Gambar fail
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Peguam pertahankan perintah darurat Yoon Suk Yeol
Dalam satu sidang media pada Khamis, Yoo Seung Soo dan Rhee Ha Sang menyatakan langkah tersebut wajar dilaksanakan untuk memberi amaran mengenai penyalahgunaan proses demokrasi oleh parti pembangkang.
Bekas Datuk Bandar Taipei didakwa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Ko Wen-Je yang menjadi datuk bandar dari 2014 hingga 2022 dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya daerah Taipei, Taiwan bersama suspek lain dan diiringi sekumpulan pegawai polis ke dalam bangunan.
Pembangkang kemuka usul pecat Han Duck Soo, undi ditetapkan Jumaat
Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) sejurus selepas Han menyatakan bahawa beliau tidak akan melantik tiga hakim untuk mengisi jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang sedang meneliti kes pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol.
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita dan lucut hak kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya menerusi operasi khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.
Kimchi, Yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Naib Presiden Kanan Bahagian sokongan Industri Bioeconomy Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation), Nora Mohamed berkata, setakat ini, seramai 35 ibu tunggal telah diberi tunjuk ajar menghasilkan dua produk makanan itu.
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
PRN: UKEC dakwa VoteMalaysia sudah sesat, umum tarik diri
Majlis United Kingdom dan Eire (Ireland) bagi Pelajar Malaysia (UKEC) memutuskan untuk menarik diri daripada Gabungan VoteMalaysia berkuat kuasa serta-merta.
Pelajar Malaysia di UK terbeban, purata bil gas dan elektrik naik mendadak hingga 54 peratus
BBC melaporkan, kenaikan 54 peratus had tenaga elektrik sehingga meningkatkan purata pembayaran 1,971 pound (RM10,883.58) setahun.
Suara anak muda penting dalam pembangunan negara - UKEC
Penglibatan golongan belia dalam pembangunan negara boleh mengelakkan negara daripada ketinggalan zaman.
Dilema pelajar luar negara: Pulang ataupun tidak?
Dalam saat-saat yang genting ini, UKEC hanya mampu untuk menasihati para pelajar agar bertenang dan tidak bertindak secara panik dalam membuat segala keputusan.