Pekerja kilang Good Year di Paris mengadakan bantahan di hadapan ibu pejabat syarikat di Perancis bagi membantah pelan penutupan kilang Goodyear di negara itu.

Penutupan kilang di Amiens yang diumumkan bulan lepas dijangka akan mengakibatkan seramai 1,173 kehilangan pekerjaan.

Seramai 600 anggota penguatkuasa ditugaskan bagi mengelak ketegangan serta meningkatkan kawalan.

Kesatuan pekerja daripada syarikat pengeluar kenderaan termasuk Citroen dan Ford di Perancis turut serta dalam protes berkenaan.

Menurut mereka, syarikat-syarikat auto seharusnya lebih bertanggungjawab dalam menjaga pekerja mereka selain tujuan protes dilakukan bukanlah untuk meminta penambahan gaji.

Jika tiada kata sepakat dicapai, kesatuan pekerja bercadang untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah.