Ratusan pekerja warga asing merusuh di Singapura lewat malam Ahad apabila salah seorang daripada mereka, dilanggar oleh sebuah bas dalam satu kemalangan jalan raya.
Perusuh bertindak membakar kenderaan polis dalam keganasan yang disifatkan sebagai yang terburuk sejak 40 tahun.
Setakat ini seramai 18 orang dilaporkan tercedera.
Dalam satu kenyataan media, polis Singapura berkata kejadian bermula di kawasan Little India negara itu apabila seorang lelaki warganegara India yang berumur 33 tahun, dilanggar oleh sebuah bas milik syarikat swasta.
Polis berkata lebih kurang 400 orang yang berada di tempat kejadian mula merusuh dan menyerang bas tersebut dan turut menyerang kenderaan polis yang tiba untuk mengawal keadaan.
Sepuluh orang polis, empat pegawai pertahanan serta pemandu bas dan konduktor berkenaan adalah antara mereka yang tercedera.
Seramai 27 pekerja warga asing dari Asia Selatan telah ditahan ekoran peristiwa itu dan boleh dipenjarakan selama tujuh tahun dan dirotan sekiranya didapati bersalah.
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata, walau apa pun sebab kejadian itu tercetus, tiada alasan untuk bertindak dengan keganasan melampau yang menyebabkan kerosakkan.
"Kami akan berusaha untuk mengenal pasti pesalah dan menggunakan undang-undang sepenuhnya untuk mengambil tindakan ke atas mereka," katanya.
Sebanyak lima buah kereta polis, sebuah ambulans, serta beberapa kereta orang awam telah dibakar dalam rusuhan itu dan gambar-gambar serta video rusuhan itu tersebar dengan luasnya di laman media sosial.
Keadaan menjadi lebih terkawal apabila pasukan elit Perintah Operasi Khas dan Gurkha polis tiba di tempat kejadian.
Media Singapura MediaCorp berkata rusuhan ini adalah rusuhan pertama selepas kejadian rusuhan kaum pada tahun 1969.
Singapura bergantung kepada pekerja asing terutamanya dalam sektor pembinaan dan ramai diantara mereka sering berkumpul di Little India pada hari Ahad untuk membeli-belah, makan dan minum.
Undang-undang Singapura boleh menghukum sesiapa yang didapati bersenjata dalam rusuhan atau menggunakan sesuatu objek sebagai senjata, kepada penjara sehingga 10 tahun dengan kemungkinan sebatan.
AFP
Sun Dec 08 2013
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Sambutan Tahun Baharu Tamil di Little India memupuk perpaduan
Saraswathy berkata acara tersebut yang diraikan bersama perlu diteruskan bagi memupuk persefahaman dalam kalangan masyarakat.
Menjelang Deepavali kawasan Little India di Melaka bertambah meriah
Terdapat lebih 40 gerai peniaga di kawasan ini yang menawarkan pelbagai jualan.
Hari Sukan Negara: Beberapa jalan di Little India ditutup bermula 7.30 pagi Sabtu
Beberapa jalan raya di sekitar pekan Little India akan ditutup bermula 7.30 pagi sempena progam sambutan Hari Sukan Negara peringkat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Sabtu ini.
COVID-19: ILIT bantah anjur karnival Deepavali
Persatuan Peniaga-Peniaga Little India, Ipoh (ILIT) membantah sebarang penganjuran karnival Deepavali di kawasan Little India, tahun ini.
Lampu 2019 meriahkan Putrajaya, tonjol kepelbagaian Malaysia
Lampu Light and Motion Putrajaya 2019 akan bermula Sabtu sehingga ambang tahun baru pada 31 Disember depan.
Polis tahan dua individu terlibat perhimpunan haram di Little India, Brickfields
Penahanan itu dibuat selepas didapati ia menyalahi undang-undang Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah dan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Peniaga kesal suasana di 'Little India' Klang suram
Perayaan Deepavali semakin hampir, namun keadaan di kawasan 'Little India' di Jalan Tengku Kelana, di sini terlalu suram tanpa ada perhiasan mahupun suasana kemeriahan sambutan.
Isu pewartaan Little India, Klang tidak timbul - Exco Selangor
Isu mewartakan kawasan perniagaan di Jalan Tengku Kelana, Klang sebagai 'Little India' tidak timbul kerana kerajaan Selangor ingin menjadikan kawasan itu tempat untuk semua rakyat Malaysia.
Gerbang Torana lambang persahabatan kukuh Malaysia-India
Perdana Menteri India, Shri Narendra Modi hari ini melancarkan Gerbang Torana bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Little India, Brickfields.
Rang undang-undang baharu pelihara keamanan Little India
Singapura akan perkenalkan rang undang-undang bagi memberi kuasa kepada Polis untuk memelihara keamanan di Little India.