BAITULMAQDIS: Tindakan seorang pegawai kementerian Israel yang juga pelampau berhaluan kanan 'buang air kecil' di lokasi serangan yang membunuh lima rakyat Palestin dikecam hebat masyarakat.
Aksi keji ketua staf Menteri Keselamatan Itamar Ben-Gvir, Chanamel Dorfman, baru-baru ini, menjadikan tumpuan terarah kepada kerajaan campuran sayap kanan Israel yang dipimpin oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang terkenal dengan dasar diskriminasi dan perkauman terhadap rakyat Palestin.
Dorfman yang diiringi oleh anggota keselamatan Israel, tiba di tempat kejadian di bandar Nazareth di utara Israel, tempat di mana lima penduduk Palestin yang merupakan warga Israel terbunuh dalam satu serangan jenayah terancang.
Dengan kehadiran ramai pegawai polis dan penduduk tempatan, pegawai kanan itu secara terbuka membuang air kecil, lapor Agensi Anadolu.
Video insiden itu dirakam seorang individu di lokasi kejadian.
Dorfman, yang dianggap orang kanan Ben-Gvir, tidak menghiraukan sensitiviti lokasi itu sambil melepaskan hajatnya, mendorong seorang penduduk tempatan untuk bersemuka dengannya.
Individu yang bersemuka dengan Dorfman menjerit menghinanya, dengan berkata, "Malulah awak! Tidakkah awak nampak ada wanita dan kanak-kanak di sekeliling?"
Berikutan herdikan itu, pegawai berkenaan segera kembali kepada anggota keselamatan.
Ketika rakaman itu tersebar di media sosial, tindakan keji Dorfman di lokasi pembunuhan beramai-ramai dikecam secara meluas.
Komen di media sosial termasuk ungkapan seperti "tidak menghormati kemanusiaan," "tingkah laku yang menjijikkan" dan "Israel adalah negara jenayah perkauman."
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2023

Walau dengan kehadiran ramai pegawai polis dan penduduk tempatan, pegawai kanan itu secara terbuka melangkah ke kawasan terbuka untuk membuang air kecil. - Twitter Al-Jazeera / @AmiDror
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Pegawai kementerian Israel buang air kecil di lokasi pembunuhan 5 rakyat Palestin
Dengan kehadiran ramai pegawai polis dan penduduk tempatan, pegawai kanan itu secara terbuka membuang air kecil.