GENEVA: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan Martin Griffiths pada Ahad berkata beliau "ngeri" dengan laporan mengenai serangan ke atas orang awam di Myanmar yang mengakibatkan 35 orang terbunuh.
Griffiths merujuk kepada insiden yang dilaporkan berlaku pada 24 Disember di timur negeri Kayah, lapor agensi Anadolu.
"Laporan yang boleh dipercayai mengatakan sekurang-kurangnya 35 orang, termasuk sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak, dipaksa keluar dari kenderaan mereka, dibunuh dan dibakar," katanya dalam satu kenyataan.
"Saya mengutuk insiden yang menyedihkan ini dan semua serangan terhadap orang awam di seluruh negara itu, yang dilarang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa."
Griffiths berkata, dua pekerja kemanusiaan Save the Children yang terlibat dalam serangan ke atas kenderaan mereka yang dibakar masih hilang.
Beliau menggesa pihak berkuasa Myanmar segera melancarkan siasatan menyeluruh dan telus berhubung kejadian itu supaya pelaku boleh dibawa ke muka pengadilan.
"Selain itu, saya menyeru Angkatan Bersenjata Myanmar dan semua kumpulan bersenjata di Myanmar mengambil segala langkah perlu untuk melindungi orang awam daripada bahaya," kata Griffiths.
Beliau berkata berjuta-juta orang di Myanmar masih sangat memerlukan sokongan kemanusiaan.
Tentera Myanmar atau dikenali sebagai Tatmadaw, melancarkan rampasan kuasa tentera pada 1 Feb dan menahan kepimpinan Liga Demokratik Kebangsaan (NLD) yang diketuai pemenang Hadiah Nobel Aung San Suu Kyi, yang awal bulan ini dijatuhi hukuman penjara empat tahun.
Lebih 1,000 orang terbunuh manakala lebih 5,400 yang lain ditangkap oleh pasukan junta dan kebanyakannya telah dibebaskan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 27 2021
Griffiths berkata, dua pekerja kemanusiaan Save the Children yang terlibat dalam serangan ke atas kenderaan mereka yang dibakar masih hilang. - Reuters
ACL2: Faisal Halim gembira raih minit perlawanan paling lama sejak serangan asid
Faisal Halim berbesar hati selepas membuat debut ketika membantu Gergasi Merah meraih kemenangan pertama dalam kempen ACL2 2024/25, semalam.
Kematian Orang Asli dalam tahanan: Polis teruskan siasatan pelbagai sudut
Polis akan meneruskan siasatan kematian seorang lelaki Orang Asli berusia 25 tahun ketika dalam tahanan pada 4 Mei lalu.
Teka-teki terjawab, Nabila Razali hamil anak sulung
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali umum sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Liga Europa: Tottenham kekal rentak kemenangan
Tiga mata skuad bimbingan Ange Postecoglou dijana Pape Sarr dan Brennan Johnson pada setiap babak menundukkan anak buah Pascal Jansen.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Pegawai bank mengaku tidak bersalah dua tuduhan gangguan seksual
Rosman Jamaluddin, 52 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
Operasi ketenteraan di Rafah berisiko cetus 'pembantaian' - Ketua Bantuan PBB
Griffiths berkata situasi di Rafah yang sebelum ini dibimbangi bakal terjadi, kini sudah berlaku dengan pantas.
PBB 'ngeri' dengan laporan serangan dan pembunuhan 35 orang awam di Myanmar
Dua pekerja kemanusiaan Save the Children yang terlibat dalam serangan ke atas kenderaan mereka yang dibakar masih hilang.
Taliban setuju beri bantuan segera kepada yang memerlukan - PBB
Pertemuan berlangsung di Doha minggu lalu, sebelum Abdul Ghani dilantik menyertai kabinet dalam pembentukan kerajaan Taliban.