BAGHDAD: Iraq selesai membuat pembayaran pampasan sebanyak AS$52.4 bilion kepada individu, syarikat dan kerajaan yang membuktikan kemusnahan yang dialami mereka akibat pencerobohannya di Kuwait pada 1990, kata Jawatankuasa Pampasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Rabu.
Agensi Berita Nasional Iraq (NINA) melaporkan hal itu dengan memetik laporan Reuters.
"Jawatankuasa Pampasan, yang dibentuk oleh Majlis Keselamatan selepas pendudukan Iraq selama tujuh bulan dan kekalahan tentera Presiden Saddam Hussein dalam Perang Teluk kedua yang diketuai Amerika Syarikat, menerima sebahagian daripada hasil jualan minyak, dengan peratusannya berbeza-beza selama tiga puluh tahun dan baru-baru ini tiga peratus".
Secara keseluruhan, Suruhanjaya Pampasan menerima kira-kira 2.7 juta permohonan pampasan, bernilai AS$352.5 bilion, kata laporan itu.
Namun jawatankuasa itu meluluskan 1.5 juta permohonan yang memenuhi syarat yang diperlukan, dan pemiliknya menerima AS$52.4 juta. Nilai tuntutan terbesar yang diluluskan oleh jawatankuasa untuk pampasan berjumlah AS$14.7 bilion untuk Kuwait Petroleum Corporation atas kerosakan yang dialaminya selepas tentera Iraq membakar telaga minyak.
NINA melaporkan pembayaran berkenaan digantung antara Oktober 2014 dan April 2018, disebabkan oleh masalah keselamatan dan belanjawan kerajaan semasa memerangi ISIS.
Jawatankuasa Pampasan yang berpangkalan di Geneva berkata, dalam satu kenyataan selepas mesyuarat tertutup Lembaga Pengarahnya: Dengan pembayaran terakhir pampasan pada 13 Januari 2022, semua pampasan yang diluluskan oleh Jawatankuasa kini telah dibayar sepenuhnya.
Jawatankuasa itu menambah: "Kerajaan Iraq telah memenuhi kewajipan antarabangsanya untuk membayar pampasan kepada semua pemohon yang diluluskan jawatankuasa itu bagi kerugian dan kerosakan yang mereka alami akibat langsung daripada pencerobohan haram Iraq ke atas Kuwait."
Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Bathsheba Crocker, berkata di Twitternya: "Kami memuji Iraq kerana menyelesaikan pembayaran untuk semua permohonan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pampasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu... Ia adalah satu pencapaian bersejarah."
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 10 2022
Suruhanjaya Pampasan PBB melaporkan secara keseluruhan ia menerima kira-kira 2.7 juta permohonan pampasan, bernilai AS$352.5 bilion. - Gambar fail/REUTERS
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Qatar Airways gantung sementara penerbangan ke dan dari Iran, Lubnan
Susulan situasi semasa di rantau Asia Barat, Qatar Airways menggantung sementara penerbangan ke dan dari Iran dan Lubnan.
Rakyat Malaysia di Iraq, Iran diminta mendaftar melalui E-Konsular - Wisma Putra
Semua rakyat Malaysia yang berada atau melancong ke Iraq dan Iran disarankan untuk segera mendaftar melalui E-Konsular.
Iraq isytihar berkabung 3 hari peringati pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallah
Ia sebagai penghormatan kepada Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah yang terkorban dalam serangan Israel ke atas Beirut.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Jordi Amat dilayang kad merah, Iraq benam Indonesia
Dalam perlawanan yang berlangsung di Jakarta, Indonesia tumbang 0-2 kepada Iraq di sebalik persembahan cemerlang dalam separuh masa pertama.
Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ
PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasangan pengantin Iraq masih trauma, akui jiwa mati selepas insiden kebakaran maut
Majlis perkahwinan pada malam Selasa lalu itu dihadiri 900 tetamu, dengan kebakaran bermula kira-kira jam 10.45 malam.
Proton X90 tembusi pasaran Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei
Kenderaan tenaga baharu pertama Proton Holdings Bhd, X90 mencatat kemunculan pertama di Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei.
Iraq isytihar perintah berkurung di Kirkuk selepas pertempuran
Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia' al-Sudani mengarahkan perintah berkurung dan memulakan operasi mencari di kawasan rusuhan.