Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menggesa supaya usaha memerangi pengganas dan kumpulan ekstremis pertingkatkan, susulan serangan pengebom di Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul, Turki.
Beliau mengutuk serangan tersebut serta meluahkan simpati dan takziah kepada keluarga mangsa termasuk kerajaan Turki dan rakyatnya.
"Setiausaha Agung berharap agar penjenayah yang terlibat dapat dikenal pasti dan dibawa ke muka pengadilan.
"Beliau berdiri teguh di belakang Turki serta menekankan keperluan untuk meningkatkan usaha serantau dan antarabangsa bagi memerangi keganasan dan ekstremisme," kata jurucakap PBB dalam satu kenyataan pada Rabu.
Hari ini, sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh manakala 147 yang lain cedera dalam serangan pengebom bunuh diri di Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul, Turki.
Menurut pegawai Turki, tiga pengebom yang memakai vest letupan bertindak meletupkan bom yang dibawa mereka di pintu lapangan terbang tersebut.
Astro Awani
Wed Jun 29 2016
![PBB gesa usaha perangi keganasan dipertingkatkan PBB gesa usaha perangi keganasan dipertingkatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81467169047_BanKiMoon.jpg)
Ban Ki-moon (gambar) mengutuk serangan tersebut serta meluahkan simpati dan takziah kepada keluarga mangsa termasuk kerajaan Turki dan rakyatnya. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Tentera Myanmar mesti mulakan langkah pertama untuk tamatkan keganasan - Ban Ki-Moon Tentera Myanmar mesti mulakan langkah pertama untuk tamatkan keganasan - Ban Ki-Moon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-06/51434732213_BanKimoon.jpg)
Tentera Myanmar mesti mulakan langkah pertama untuk tamatkan keganasan - Ban Ki-Moon
Pihak tentera sendiri mesti memulakan langkah pertama untuk menamatkan krisis di Myanmar, kata bekas Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-Moon.
![Amanat pembangunan mapan Ban Ki-Moon kepada Malaysia Amanat pembangunan mapan Ban Ki-Moon kepada Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41574837240_TBBANKI.jpg)
Amanat pembangunan mapan Ban Ki-Moon kepada Malaysia
Ban Ki-Moon seru semua pihak di negara ini terus mendokong Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) PBB 2030.
![Anak saudara Ban Ki-moon dipenjara Anak saudara Ban Ki-moon dipenjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/51536289080_BRIBESCHEME.jpg)
Anak saudara Ban Ki-moon dipenjara
Anak saudara Ban Ki-moon dihukum penjara enam bulan kerana didapati bersalah cuba memberi rasuah.
![Antonio Guterres dilantik Setiausaha Agung baharu PBB Antonio Guterres dilantik Setiausaha Agung baharu PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/41458318242_UnitedNations.jpg)
Antonio Guterres dilantik Setiausaha Agung baharu PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara rasmi melantik Antonio Guterres sebagai Setiausaha Agung yang baharu, menggantikan Ban Ki-Moon.
![Setiausaha Agung PBB kutuk serangan pengganas di Dhaka Setiausaha Agung PBB kutuk serangan pengganas di Dhaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81467169047_BanKiMoon.jpg)
Setiausaha Agung PBB kutuk serangan pengganas di Dhaka
Ban Ki-Moon beri jaminan kepada kerajaan Bangladesh bahawa PBB sedia membantu dalam usaha mencegah semua bentuk ekstremisme ganas.
![Ban Ki-Moon puji inisiatif M'sia kecam penganiayaan kanak-kanak di zon perang Ban Ki-Moon puji inisiatif M'sia kecam penganiayaan kanak-kanak di zon perang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/51434732213_BanKimoon.jpg)
Ban Ki-Moon puji inisiatif M'sia kecam penganiayaan kanak-kanak di zon perang
Setiausaha PBB itu mengingatkan masyarakat antarabangsa bahawa melindungi kanak-kanak adalah 'moral amat penting dan tanggungjawab undang-undang'.
![QZ8501: Setiausaha Agung PBB ucap takziah QZ8501: Setiausaha Agung PBB ucap takziah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/61367289851_295x200.jpg)
QZ8501: Setiausaha Agung PBB ucap takziah
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu Ban Ki-moon mengutuskan "ucapan takziah dengan sepenuh ikhlas" beliau kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat AirAsia Indonesia yang terhempas.
![AS$300 juta diperlukan dalam usaha membantu mangsa taufan Haiyan AS$300 juta diperlukan dalam usaha membantu mangsa taufan Haiyan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/51384299716_295x200.jpg)
AS$300 juta diperlukan dalam usaha membantu mangsa taufan Haiyan
Pasca taufan Haiyan di Filipina Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) melancarkan kempen rayuan untuk membantu mangsa taufan Haiyan.
![Pendekatan politik penting untuk menangani krisis Syria - PBB Pendekatan politik penting untuk menangani krisis Syria - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/61359015715_295x200.jpg)
Pendekatan politik penting untuk menangani krisis Syria - PBB
Ban Ki-Moon berkata pendekatan ketenteraan hanyalah boleh diguna pakai untuk tujuan pertahanan atau diluluskan oleh majlis keselamatan.
![Tentera menghala ke utara Mali Tentera menghala ke utara Mali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/41358901928_295x200.jpg)
Tentera menghala ke utara Mali
Tentera kerajaan yang dibantu askar Perancis dilapor menghala ke arah utara Mali dalam usaha menghapuskan kumpulan penentang kerajaan.