PRESIDEN Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Dennis Francis menggesa agar koridor kemanusiaan dibuka dengan kadar segera, tanpa sebarang syarat.
Ketika berucap dalam Sesi Khas Kecemasan ke-10 UNGA di New York pada Khamis, beliau turut menekankan bahawa segala bentuk keganasan dan pertumpahan darah antara Palestin dan Israel ketika ini dihentikan serta merta.
"Pada ketika ini, langkah segera adalah jelas, keganasan harus disekat dan pertumpahan darah mesti dihalang. Saya menyeru pembebasan segera dan tanpa syarat tebusan-tebusan perang.
"Saya juga menyeru agar gencatan keganasan untuk misi kemanusiaan dilakukan dengan kadar segera dan tanpa syarat.
"Saya turut menyeru pembukaan koridor kemanusiaan tanpa syarat secepat mungkin.
Satu-satunya jalan menuju perdamaian yang menyeluruh dan berkekalan ialah penyelesaian dua pihak selaras dengan undang-undang antarabangsa, Piagam PBB dan resolusi negara bersatu yang relevan," kata beliau ketika membuka sesi itu.
Sesi khas ini diadakan selepas Majlis Keselamatan PBB (UNSC) minggu lalu gagal menerima pakai resolusi yang meminta koridor kemanusiaan dalam konflik itu.
Minggu lalu, UNSC yang tidak sependapat mengenai isu Israel-Palestin, menolak draf resolusi Rusia yang menggesa 'pemberhentian konflik atas dasar kemanusiaan.
Hanya lima daripada 15 negara anggota menyokong resolusi itu, yang mengutuk semua keganasan terhadap orang awam dan semua tindakan pengganas tanpa menamakan Hamas.
Gesaan untuk mengadakan sidang tergempar itu dibuat selepas Duta PBB Jordan, Mahmoud Hmoud dan Duta PBB Mauritania, Sidi Mohamed Laghdaf menghantar surat di bawah kapasiti anggota kumpulan Liga Arab dan Organisasi Kerjasama Islam.
Malah surat gesaan sama turut diterima dari perwakilan Malaysia bersama Indonesia, Laos, Vietnam, Brunei, Kemboja serta Rusia.
Nickyson Nyambar
Thu Oct 26 2023

Dennis Francis menggesa agar koridor kemanusiaan dibuka dengan kadar segera, tanpa sebarang syarat. - AP
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

PBB gesa koridor kemanusiaan buat Gaza dibuka tanpa syarat
Beliau turut menyuarakan bahawa segala bentuk keganasan dan pertumbahan darah antara Palestin dan Israel ketika ini dihentikan serta merta.