NEW YORK: "Kami amat berdukacita" apabila mengetahui berpuluh-puluh migran ditemui mati dalam sebuah treler yang terbiar di San Antonio, Texas, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa, lapor Xinhua.
"Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dan Mexico perlu menjalankan siasatan dan mengheret mereka yang mempunyai kaitan dengan tragedi ini ke muka pengadilan.
"Kejadian ngeri ini sekali lagi mengetengahkan keperluan untuk memantau penghijrahan yang selamat dan teratur di rantau ini," katanya dalam satu kenyataan media.
Jurucakap setiausaha agung PBB, Stephane Dujarric, menekankan keperluan agar semua pihak bekerjasama mengambil langkah konkrit bagi membantu mencegah kematian yang tidak perlu dalam kalangan mereka yang berhijrah.
Angka kematian akibat insiden itu kini mencecah 50 orang, kata pihak berkuasa tempatan pada Selasa.
Sementara itu, Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador berkata 50 pendatang yang ditemui mati kebanyakkan warganegara Mexico, sambil menyifatkan ia "tragedi yang dahsyat".
Mereka yang maut termasuk 22 warga Mexico, tujuh warga Guatemala, dua warga Honduras manakala asal-usul 19 yang lain yang masih belum dikenalpasti.
"Ini adalah bukti pahit bahawa kita perlu menggalakkan orang ramai untuk kekal berada di bandar mereka sehingga tidak perlu lagi mencari kehidupan di seberang sempadan," katanya kepada pemberita, sambil merujuk kepada program membasmi kemiskinan.
Lopez Obrador berkata beliau akan membangkitkan hal ini sebagai "isu utama" apabila bertemu dengan rakan sejawatannya dari AS Joe Biden, sambil menambah pihak berkuasa Mexico akan menjalankan siasatan berhubung insiden itu.
Menurut pakar, peningkatan jumlah migran sejak beberapa tahun kebelakangan didorong oleh krisis ekonomi yang dicetuskan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 29 2022
Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador berkata 50 pendatang yang ditemui mati kebanyakkannya warganegara Mexico, sambil menyifatkan ia "tragedi yang dahsyat". - REUTERS
Kerajaan mulakan kajian semula anti lambakan ke atas import besi
Kerajaan telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap duti anti lambakan yang dikenakan terhadap import besi atau keluli bukan aloi gegelung gulungan sejuk.
Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Krismas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Kurangkan kemalangan melalui pendidikan berterusan
Profesor Dr Rozmi Ismail, memberitahu, insiden kemalangan jalan raya akibat kenderaan lain boleh dikurangkan melalui pendidikan atau advokasi berterusan dan aktiviti penguatkuasaan.
Contohi Jepun pantau keselamatan pemanduan kenderaan berat
Malaysia seharusnya mencontohi Jepun yang menekankan keselamatan pemanduan kenderaan berat di lebuh raya termasuk pemantuan ketat dalam kalangan pemandu.
2 maut motosikal terbabas, langgar pembahagi lebuh raya
Dalam nahas kira-kira jam 5.20 petang, penunggang motosikal itu yang juga lelaki tempatan berusia 28 tahun dan pembonceng wanita warga Singapura berumur 29 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Batik Air umum laluan baharu ke Beijing, Changsha
Batik Air mengumumkan laluan terbaru perkhidmatan penerbangannya yang menghubungkan pelancong dari Malaysia ke Beijing dan Changsha.
Nilai syarikat Apple hampiri angka AS$4 trilion
Peningkatan saham kebelakangan ini dilihat selari dengan fokus Apple dalam arena kecerdasan buatan melalui Apple Intelligence.
23 migran maut bot dinaiki karam di Senegal
Seramai 23 migran maut selepas bot dinaiki mereka menuju ke Eropah karam di luar pantai Saint-Louis di utara Senegal.
PBB dukacita, mayat migran dijumpai dalam treler di Texas, majoriti rakyat Mexico
Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dan Mexico perlu menjalankan siasatan dan mengheret mereka yang mempunyai kaitan dengan tragedi ini ke muka pengadilan.