PEMIMPIN tertinggi Vatican, Paus Francis menzahirkan rasa sedih susulan laporan kematian dan kemusnahan yang berlaku di Lubnan.

Menerusi hantaran di platform X pada Rabu, beliau turut menggesa masyarakat antarabangsa berusaha sedaya upaya menghentikan peningkatan keganasan di negara itu yang disifatkannya sebagai dahsyat.

Menurut beliau, keadaan tersebut tidak dapat diterima sama sekali.

Beliau turut menyatakan solidariti bersama rakyat Lubnan yang sudah terlalu banyak menderita.


Dalam satu lagi hantaran, beliau turut menggesa masyarakat dunia berdoa untuk keamanan bagi mereka yang menjadi mangsa peperangan.

Ini termasuk mereka yang terkorban akibat konflik di Ukraine, Palestin, Myanmar, Israel, Sudan dan di kawasan konflik lain.