Semua pihak yang berada di China yang memiliki pasport asing tidak boleh menganggap diri mereka 'kebal' daripada undang-undang China ketika berada di negara itu.
Menurut kenyataan satu akhbar tempatan Global Times, negara Barat perlu memaklumkan kepada rakyatnya yang baharu memiliki kerakyatan bahawa pasport asing yang dimiliki tidak melindungi mereka daripada undang-undang China.
“Negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat wajar memaklumkan rakyat yang baharu diberikan kewarganegaraan secara naturalisasi bahawa pasport asing itu tidak kebal kepada undang-undang di China.
"Apabila mereka menjalankan sebarang aktiviti di China, mereka wajib mematuhi undang-undang negara itu," katanya.
Kenyataan berkenaan merujuk kepada penahanan seorang lelaki Gui Minhai yang menganggap bahawa pasport Sweden yang diperolehi secara naturalisasi memberi perlindungan daripada undang-undang China.
Gui yang dilahirkan di China, bagaimanapun menjadi warganegara Sweden secara naturalisasi dan sering kembali ke China.
“Kebanyakan ‘orang asing’ seperti Gui bekerja dan menetap di China. Sebahagian daripada mereka mengambil kesempatan atas identiti mereka sebagai orang Cina tetapi memiliki warganegara asing dalam mencari keuntungan .
"Mereka juga dilihat mengharapkan perlindungan daripada dikenakan sebarang hukuman jika mereka melanggar undang-undang di China atas alasan memiliki pasport asing,” kata akhbar itu.
Anak perempuan Gui mengatakan bapanya yang merupakan penjual buku yang berpengkalan di Hong Kong ditahan Polis China dalam keretapi bulan lalu.
Sementara itu, Menteri Luar Negeri Sweden Margot Wallström dalam satu kenyataan pada Isnin lepas berkata bahawa penahanan Gui adalah perkara yang sangat serius.
“Malah China juga telah melanggar peraturan antarabangsa dalam memberi sokongan konsular berikutan campur tangan dalam usaha pihak Sweden membantu Gui,” tambah beliau.
Namun akhbar itu membidas kenyataan Wallström bahawa sokongan konsular ada batasannya dan pihak China dan Sweden perlu menyelesaikan kemelut itu melalui perundingan.
"Pihak Sweden harus sedar bahawa mereka tidak boleh menjangkaui prosedur undang-undang China dalam usaha memberi sokongan konsular.
“Gui telah melakukan jenayah di China, maka pihak berkuasa China akan mengendalikan kes itu mengikut undang-undang China," kata akhbar itu.
Pihak berkuasa China berkata bahawa Gui telah dibebaskan.
Agensi
Thu Feb 08 2018
Beberapa anggota Parti Sivik membawa potret Gui Minhai (kanan) dan Lee Bo semasa protes di luar Pejabat Perhubungan Cina di Hong Kong. Foto - Reuters
Lebih 500 juta unit siri Call of Duty terjual
Ia berjaya meletakkan siri Call of Duty di tangga kedua siri permainan video dengan jualan tertinggi di belakang siri Mario.
PM Anwar rafak sembah ucapan tahniah Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak
Anwar doakan semoga baginda dan Raja Permaisuri serta seluruh kerabat diraja dianugerahkan keafiatan, sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah.
Hubungan ekonomi Sweden-Malaysia berkembang, FDI & semikonduktor pacu pertumbuhan
Wiberg optimis pertumbuhan akan jadi lebih baik, memandangkan Malaysia semakin ketara berperanan sebagai salah satu rakan kongsi utama Sweden.
AWANI Ringkas: Turun naik Ringgit Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 1 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 1 November 2024
1️⃣ Kes buli: ATM tidak akan kompromi
2️⃣ Turun naik Ringgit Malaysia
3️⃣ Susulan RUU haramkan operasi UNRWA
#awaniringkas
1️⃣ Kes buli: ATM tidak akan kompromi
2️⃣ Turun naik Ringgit Malaysia
3️⃣ Susulan RUU haramkan operasi UNRWA
#awaniringkas
Pengeluar dron terbesar AS dikenakan sekatan oleh China
Disebabkan sekatan ini, Skydio mengatakan pengeluaran mereka akan terjejas untuk beberapa bulan.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 1 November 2024
Bagaimana prestasi pembukaan FBM KLCI setakat pagi Jumaat? Ikuti perkongsian lanjut bersama Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 1 November 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi Ringgit Malaysia berbanding dolar Singapura.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 1 November 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit kekal rendah nilainya berbanding dolar US disebabkan tarikh pilihan raya presiden AS antara Kamala Harris dan Donald Trump semakin hampir, iaitu pada 5 November depan.
Ringgit dibuka tidak berubah ketika pelabur berhati-hati terhadap risiko pilihan raya AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan kekal tidak berubah kepada 4.3755/3805 berbanding dolar AS, kekal stabil sejak ditutup pada Rabu.
Pengeluar dron terbesar AS dikenakan sekatan oleh China
Disebabkan sekatan ini, Skydio mengatakan pengeluaran mereka akan terjejas untuk beberapa bulan.
Android 16 akan dilancarkan lebih awal pada Q2 2025
Ini akan menjadikannya pelancaran sistem operasi paling awal pernah dilakukan sejak Android 4 Jelly Bean yang dilancarkan pada Julai 2012.
China mulakan pembangunan kapal kargo angkasa
China kini memulakan program membangunkan kapal kargo angkasa lepas mereka sendiri.
Pesawat penumpang 2 kali ganda laju Concorde dibangun di China
Sekiranya pesawat ini menjadi kenyataan, ia akan terbang dua kali lebih pantas berbanding Concorde (Mach 2.04) dan lebih pantas berbanding pesawat perisik SR-71 Blackbird (Mach 3.5).
China berjaya lancar kapal angkasa Shenzhou-19
China berjaya melancarkan kapal angkasa lepas Shenzhou-19 dengan roket pembawa Long March-2F dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, barat laut China pada 4.27 pagi tadi.
Permohonan Malaysia sertai BRICS dapat sokongan padu anggotanya, termasuk India, China - PM
Permohonan Malaysia untuk menjadi anggota BRICS mendapat sokongan padu daripada kalangan anggotanya termasuk Rusia, China dan India semasa mesyuarat lapan negara asas BRICS.
TVET mampu lonjak produk PMKS ke pasaran global - Penganalisis
Pengusaha Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) perlu bekerjasama dengan pemain industri Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam menghasilkan produk berkualiti.
TVET tinggi dikendali KPT, TVET asas dikendali agensi bawah KESUMA - Zambry
Bagi mengukuhkan lagi usaha pemerkasaan TVET Ahmad Zahid telah mengarahkan agar TVET aras tinggi dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.
Xi Jinping ucap tahniah kepada Prabowo atas pelantikan sebagai Presiden Indonesia
Tahun depan menandakan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik antara China dan Indonesia, yang akan menyediakan peluang baharu bagi memajukan kerjasama dua hala, kata Xi.
Syarikat China harus pertimbang Malaysia sebagai hab serantau, tubuh ibu pejabat
Syarikat China harus mempertimbangkan Malaysia sebagai destinasi yang ideal untuk menubuhkan ibu pejabat serantau, yang seterusnya berkembang di peringkat antarabangsa melalui Malaysia.