Penyokong parti Syriza meraikan kemenangan selepas parti tersebut menumpaskan Perdana Menteri Greece dalam pilihanraya parlimen di ibu negara, pada Ahad.

Pemimpin Syriza, Alexis Tsipras berjanji untuk menyelamatkan negara tersebut daripada bankrap dengan membantah syarat ketat program penjimatan yang ditetapkan Kesatuan Eropah (EU) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terhadap Greece sejak 2010.

Sementara, penyokong Syriza menarik nafas lega parti tersebut bakal membuat perubahan dalam pentadbiran Greece.

Syriza menang dengan mendahului 36. 3 peratus berbanding Perdana Menteri, Antonis Samaras, 27.8 peratus.