BANGKOK: Parlimen Thailand menetapkan tarikh pengundian untuk memilih perdana menteri baharu adalah pada 13 Julai, umum Speaker Dewan Rakyat Wan Muhammad Noor Matha pada Rabu.
Pengumuman itu dibuat sehari selepas Wan Noor dilantik sebagai Speaker.
Wan Muhammad Noor menetapkan tarikh itu selepas berunding dengan Speaker Senat Pornpetch Wichitcholchai.
Notis rasmi akan dihantar kepada semua Ahli Parlimen dan senator oleh sekretariat parlimen.
Perdana menteri baharu memerlukan sokongan 376 undi daripada persidangan bersama.
Wan Muhammad Noor berkata pengundian untuk perdana menteri baharu pada Khamis depan mungkin dapat diselesaikan serta-merta, namun jika tiada keputusan muktamad dicapai, satu lagi sesi pengundian akan dijadualkan.
Parti Move Forward (MFP) memenangi 151 kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) pada 14 Mei lalu dan memperoleh lebih 14.2 juta undi.
MFP mengetuai gabungan lapan parti, menjadikan jumlah kerusi yang mereka miliki sebanyak 312 daripada 500 kerusi di Dewan Rakyat.
Gabungan itu mencalonkan ketua MFP, Pita Limjareonrat sebagai calon perdana menteri.
Walaupun mempunyai jumlah kerusi yang memberangsangkan, tiada jaminan bahawa gabungan MFP akan dapat membentuk kerajaan kerana mereka perlu memperoleh 64 lagi undi daripada 250 senator yang dilantik semasa pemerintahan tentera.
Ramai senator telah menyatakan keengganan mereka untuk mengundi Pita kerana agenda antipenubuhan MFP, yang melibatkan cadangan pindaan undang-undang lese majeste yang juga dikenali sebagai Perkara 112 kanun jenayah, berhubung kesalahan menghina raja.
"Parlimen mesti bersidang sehingga perdana menteri dilantik. Pita bukanlah calon tunggal," kata Wan Muhammad Noor, lapor Bangkok Post.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 05 2023
Wan Muhammad Noor menetapkan tarikh itu selepas berunding dengan Speaker Senat Pornpetch Wichitcholchai. - Gambar fail
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parlimen Thailand pilih perdana menteri baharu pada 13 Julai
Parlimen Thailand menetapkan tarikh pengundian untuk memilih perdana menteri baharu adalah pada 13 Julai, umum Speaker Dewan Rakyat Wan Muhammad Noor Matha pada Rabu.