SEOUL: Parlimen Korea Selatan pada Selasa meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) khas yang mengharamkan pengambilan daging anjing di negara itu.
Langkah itu membuka jalan untuk menghentikan amalan penduduk yang mencetuskan kontroversi dalam beberapa dekad kebelakangan ini.
RUU itu yang melarang pembiakan, penyembelihan, pengedaran dan penjualan anjing untuk daging haiwan berkenaan, diluluskan parlimen dengan 208 undi menyokong manakala dua berkecuali, lapor Agensi Berita Yonhap.
People Power Party (PPP) yang memerintah dan parti pembangkang utama Democratic Party (DP) telah bersama-sama mendesak larangan itu seiring dengan kesedaran yang semakin meningkat mengenai hak haiwan dan peningkatan bilangan pemilik haiwan peliharaan di negara itu.
RUU itu juga mencadangkan pemberian subsidi untuk membantu individu dalam industri daging anjing bertukar ke profesion lain.
Wanita Pertama Kim Keon Hee juga secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap larangan itu, dengan mengatakan pengharaman itu adalah antara janji kempen presiden Presiden Yoon Suk Yeol.
Yoon dan Kim dikenali sebagai pencinta haiwan peliharaan serta tinggal bersama empat ekor anjing dan tiga ekor kucing.
Undang-undang itu dijadual berkuat kuasa pada 2027, selepas tempoh penangguhan selama tiga tahun.
Mereka yang tidak mematuhi undang-undang itu boleh berdepan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga 30 juta won (US$22,768).
Menurut statistik kerajaan, terdapat kira-kira 1,150 ladang anjing, 34 syarikat penyembelihan, 219 pengedar dan kira-kira 1,600 restoran yang menjual daging anjing sebagai hidangan di Korea Selatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2024
Langkah itu membuka jalan untuk menghentikan amalan penduduk yang mencetuskan kontroversi dalam beberapa dekad kebelakangan ini. - Gambar Sinar Harian
Kemalangan jalan raya ragut 436 nyawa ketika musim perayaan tahun baharu di Thailand
Punca utama kemalangan adalah memandu laju dan memotong kenderaan di hadapan, manakala motosikal terlibat dalam kebanyakan insiden.
Nahas pesawat di Kazakhstan boleh dielak dengan 'penyelarasan betul' - Azerbaijan
Penyelarasan yang lebih baik antara perkhidmatan tentera dan awam Rusia boleh mengelakkan nahas pesawat Azerbaijan Airlines berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan akhir bulan lalu.
MCMC, Kerajaan Melaka jalin kerjasama Inisiatif Kampung Digital
Inisiatif itu adalah langkah strategik untuk memastikan setiap premis di negeri itu dilengkapi dengan alamat yang lengkap dan sistematik.
[TERKINI] PM Kanada, Justin Trudeau letak jawatan sebagai Ketua Parti Liberal
Jelas pemimpin berusia 53 tahun itu, keputusan meletak jawatan dibuat selepas berbual panjang dengan keluarganya.
Korea Utara lancar peluru berpandu balistik ke Laut Timur
Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu balistik yang tidak dikenali ke arah Laut Timur, menurut Ketua Turus Bersama (JCS) Korea Selatan.
Tumpuan Selasa – 7 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (6 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kapal China didakwa ceroboh kawasan perairan milik Filipina
Filipina mengerahkan aset udara dan laut tentera dan pengawal pantainya di zon ekonomi eksklusifnya di Laut China Selatan selepas kehadiran kapal dari China yang didakwa melakukan pencerobohan di zon tersebut.
New York perkenal tol, elak kesesakan berterusan
Langkah yang dibuat pada ahad ini seterusnya menjadikannya sebagai metropolis pertama di Amerika Syarikat yang mengenakan bayaran kepada pemandu di pusat bandar.
Washington suara hasrat realisasikan gencatan senjata segera
Washington menyatakan hasrat memastikan perjanjian gencatan senjata di Gaza dapat dimuktamadkan seterusnya membolehkan tebusan dibebaskan dalam tempoh dua minggu akan datang.
Parlimen Korea Selatan lulus RUU larang makan daging anjing
Parlimen Korea Selatan pada Selasa meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) khas yang mengharamkan pengambilan daging anjing di negara itu.