SEORANG lelaki dilapor mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kaki dipercayai akibat serangan jerung di Rosslyn Bay yang terletak di pantai timur Queensland, Australia hari ini.

Mangsa yang berusia 30 tahun itu berada di perairan Rosslyn Bay ketika dia diserang ikan jerung, tengah hari ini.

Menurut laporan AFP, lelaki itu mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dan tangannya dan telah menerima rawatan oleh pekerja ambulans di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital.

Difahamkan, mangsa sedang melakukan aktiviti snorkeling ketika diserang.


“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian lengan dan kaki, "kata seorang jurucakap ambulans kepada AFP.

“Dia masih dirawat. Dia baru sahaja tiba di persisiran pantai dan akan dipindahkan ke Hospital Rockhampton (di Sydney) sebentar lagi," katanya.


AFP turut memetik laporan awal bahawa 14 serangan di New South Wales pada tahun 2015, berbanding tiga pada tahun 2014, menurut data yang dikumpul oleh Taronga Zoo di Sydney.

Di Queensland pula, terdapat empat serangan pada 2015, berbanding satu pada tahun 2014.