PAKAR perubatan mengenal pasti dua ubat sedia ada mampu menghalang virus SARS-CoV-2 punca penyakit COVID-19 daripada menjangkiti sel manusia.
Memetik laporan Harvard Medical School, kedua-dua ubat tersebut iaitu Vacuolin-1 dan Apilimod yang sudah dibangunkan sejak beberapa tahun lalu menyasarkan enzim ‘PIKfyve kinase’.
Kajian itu bagaimanapun hanya dijalankan ke atas sel manusia dalam ujian makmal dan perlu diuji pada manusia sekiranya ingin dipertimbangkan sebagai rawatan COVID-19.
Sebelum ini, pakar-pakar tidak mempunyai pengetahuan luas tentang peranan enzim ‘PIKfyve kinase’ berhubung jangkitan COVID-19.
“Hasil kajian kami mendapati menyasarkan kinase ini terhadap SARS-CoV-2 secara anti-virus bermolekular kecil mungkin strategi efektif bagi mengurangkan tahap keparahan COVID-19,” kata penyelidik Tomas Kirchhausen.
Kirchhausen, profesor biologi sel di Institut Blavatnik di Harvard Medical School, menemukan ubat Vacuolin-1 itu 16 tahun lalu.
Beliau bersama kumpulan penyelidiknyya sebelum ini mendapati kedua-dua ubat tersebut berkesan dalam menghalang virus Ebola, namun tidak menerbitkan kajian mereka.
Apabila Amerika Syarikat dilanda COVID-19, mereka menguji keberkesanan ubat-ubat tersebut pada virus SARS-CoV-2.
“Dalam tempoh seminggu, kami mendapati Apilimod sangat efektif dalam mencegah jangkitan SARS-CoV-2 pada sel manusia dalam makmal,” kata Kirchhausen.
Pada lewat Julai, syarikat yang membangunkan ubat Apilimod, AI Therapeutics mengumumkan akan menjalankan kajian baharu bagi menguji keberkesanan dan keselamatan ubat itu ke atas 140 pesakit positif COVID-19.
Astro Awani
Mon Aug 24 2020
![Pakar kenal pasti 2 ubat dipercayai mampu halang virus COVID-19 Pakar kenal pasti 2 ubat dipercayai mampu halang virus COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/61598238398_Injection.jpg)
Kedua-dua ubat tersebut iaitu Vacuolin-1 dan Apilimod yang sudah dibangunkan sejak beberapa tahun lalu menyasarkan enzim PIKfyve kinase. -Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Pakar kenal pasti 2 ubat dipercayai mampu halang virus COVID-19 Pakar kenal pasti 2 ubat dipercayai mampu halang virus COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61598238398_Injection.jpg)
Pakar kenal pasti 2 ubat dipercayai mampu halang virus COVID-19
Kedua-dua ubat tersebut iaitu Vacuolin-1 dan Apilimod yang sudah dibangunkan sejak beberapa tahun lalu menyasarkan enzim PIKfyve kinase.