NEW YORK CITY: Pakar bedah Amerika Syarikat mendakwa berjaya melakukan pemindahan buah pinggang daripada babi kepada manusia.
Ia kejayaan transplantasi yang julung kali dilakukan tanpa menimbulkan reaksi penolakan segera oleh sistem imun penerima.
Memetik laporan Reuters, prosedur tersebut dilakukan di NYU Langone Health, di sini, melibatkan pengubahsuaian gen babi bagi memastikan sel tisu haiwan itu tidak mengandungi molekul yang berpotensi menyebabkan penolakan segera.
Menurut para penyelidik, keluarga penerima, yang merupakan pesakit mati otak dan mengalami tanda-tanda kerosakan buah pinggang telah bersetuju menjalankan eksperimen tersebut.
Jelas Dr Robert Montgomery yang mengetuai kajian tersebut, buah pinggang baharu itu dilekatkan selama tiga hari pada saluran darah dan berada di luar tubuh badan pesakit bagi memberikan akses kepada para penyelidik.
Katanya lagi, hasil ujian terhadap fungsi buah pinggang yang dipindahkan menunjukkan ia "berfungsi seperti biasa".
"Buah pinggang menghasilkan jumlah air kencing yang diharapkan daripada pemindahan buah pinggang manusia.
"Tidak ada bukti penolakan awal ketika buah pinggang babi yang diubah dipindahkan ke primat bukan manusia," kata Robert.
Kejayaan ini sekali gus berpotensi besar membantu mengatasi masalah kekurangan organ manusia untuk proses transplantasi.
Robert menambah, para penyelidik turut bekerjasama dengan pakar etika perubatan, undang-undang dan keagamaan untuk memeriksa konsep pemindahan buah pinggang babi sebelum meminta kebenaran keluarga bagi akses sementara kepada pesakit yang mati otak.
Di Amerika Syarikat (AS), hampir 107,000 orang sedang menunggu untuk pemindahan organ, termasuk lebih 90,000 orang menunggu buah pinggang.
Menurut United Network for Organ Sharing proses menunggu bagi pemindahan buah pinggang adalah antara tiga hingga lima tahun.
Para penyelidik telah berusaha sejak beberapa dekad bagi mengkaji kemungkinan menggunakan organ haiwan untuk pemindahan, bagaimanapun gagal untuk mencegah penolakan segera oleh tubuh manusia.
Teori pasukan Montgomery mendapati mengubah suai gen babi yang menghasilkan karbohidrat akan menghalang masalah tersebut.
Agensi
Wed Oct 20 2021

Buat pertama kali, pemindahan buah pinggang babi kepada manusia berjaya dijalankan tanpa menimbulkan reaksi penolakan segera oleh sistem imun penerima. -Reuters
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Pakar bedah AS berjaya lakukan pemindahan buah pinggang babi kepada manusia
Keluarga penerima, yang merupakan pesakit mati otak dan mengalami tanda-tanda kerosakan buah pinggang, bersetuju menjalani eksperimen itu.