Seorang anggota kumpulan pop Thailand berdepan kontroversi kerana memakai baju yang memaparkan lambang swastika iaitu mirip dengan lambang bendera Nazi dalam satu persembahan di televisyen.
Dalam persembahan pada Jumaat itu, Pichayapa Natha dari kumpulan pop perempuan, BNK48, telah menyebabkan kedutaan Israel di Negara Gajah Putih itu 'terkejut dan kecewa', lapor AFP.
Imej Adolph Hitler, swastika dan apa saja lambang berkaitan Nazi secara umumnya mudah ditemui di serata Thailand. Fenomena itu terjadi bukan kerana kecenderungan politik, tetapi lebih kepada trend golongan muda yang tidak terdedah pada sejarah dunia.
Tindakan Pichayapa yang memakai baju tersebut menyebabkan Timbalan Ketua Misi di Kedutaan Israel di Bangkok menzahirkan rasa tidak puas hatinya menerusi akaun Twitter.
“Menunjukkan simbol Nazi oleh anggota kumpulan tersebut mengguris perasaan jutaan orang di seluruh dunia,” kata Smadar Shapira.
Pada petang hari ini (Ahad, 27 Januari) penyanyi berusia 19 tahun itu akan berjumpa dengan Duta Besar Israel.
Pada Sabtu malam, Pichayapa telah memohon maaf atas kesilapannya dalam satu persembahan konsert di ibu negara Thailand.
"Saya mahu perkara ini menjadi iktibar kepada semua. Tolong maafkan saya,” ujarnya sambil menangis.
Dia yang turut memuat naik status di akaun Facebooknya, mahu bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakan tersebut.
“Tolong nasihatkan saya supaya saya menjadi orang dewasa yang baik pada masa akan datang. Saya tidak boleh memperbetulkan kesilapan, tapi saya berjanji ia tidak akan berlaku lagi,” ujarnya dalam status itu.
Kumpulan peminat BNK48 bagaimanapun mempertahankan Pichayapa.
Ramai yang meletakkan kesalahan pada sistem pendidikan Thailand, yang tidak memberi tumpuan pada sejarah dunia.
“Ketika kami di sekolah, kami hanya ajar tentang peperangan antara Thailand dan Myanmar,” tegas seorang pengguna media sosial, Sanruay Kraspa.
Agensi
Sun Jan 27 2019

Pichayapa memakai baju dengan lambang swastika dalam satu persembahan pada Jumaat yang turut disiarkandi televisyen. - Foto: Media sosial
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Pakai baju simbol swastika, anggota kumpulan pop Thailand dikecam Israel
Imej Adolph Hitler, swastika dan apa saja lambang berkaitan Nazi mudah ditemui di serata Thailand.