SEORANG vlogger dari China bergegas ke hospital selepas tersilap makan daun beracun ketika penstriman langsung di media sosial.
Vlogger kesihatan yang hanya dikenali dengan nama Zhang itu dilaporkan merakam dirinya memakan sejenis daun yang disangkanya daun lidah buaya (Aloe Vera).
Menurut portal Business Insider, daun itu dikenal pasti daripada sejenis tumbuhan beracun dari Mexico bernama Agave Americana.
Dalam video tersebut, Zhang dilihat memegang dua helai daun yang kelihatan seperti daun lidah buaya.
Dia kemudian menggigit daun itu dan berkata "yum" dan "hebat" sebelum menyedari ada sesuatu yang tidak kena.
"Oh, rasanya pahit. Sangat pahit," katanya di hadapan kamera.
Setelah mulutnya mulai berasa kebas dan tekaknya sakit, Zhang lantas menghentikan penstriman langsung dan bergegas ke hospital.
Menurut laporan berita tempatan, vlogger tersebut mengalami ruam serta lepuh, dan doktor terpaksa mengeluarkan sisa daun berkenaan dari perut untuk menyelamatkan nyawa Zhang.
Dia dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Kohilah Sekaran
Tue Jul 04 2017
![Padah tersilap makan daun beracun ketika penstriman langsung Padah tersilap makan daun beracun ketika penstriman langsung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/71499177467_EatAloeVera.jpg)
Dia kemudian menggigit daun itu dan berkata "yum" dan "hebat" sebelum menyedari ada sesuatu yang tidak kena. -Youtube Blagag!
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Padah tersilap makan daun beracun ketika penstriman langsung Padah tersilap makan daun beracun ketika penstriman langsung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/71499177467_EatAloeVera.jpg)
Padah tersilap makan daun beracun ketika penstriman langsung
Dia kemudian menggigit daun itu dan berkata "yum" dan "hebat" sebelum menyedari ada sesuatu yang tidak kena.
![5 cara hilangkan jeragat dengan cepat 5 cara hilangkan jeragat dengan cepat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-01/41422585550_120x90.jpg)
5 cara hilangkan jeragat dengan cepat
Tahukah anda bahawa masalah jeragat di Malaysia boleh dikatakan terlalu biasa berlaku pada kaum wanita.