POLIS di Amerika Latin berjaya mematahkan sindiket pengedaran dadah antarabangsa dengan merampas pelbagai jenis dadah termasuk kokain bernilai AS$5 bilion (RM22.2 bilion) dalam satu operasi melibatkan 15 buah negara selama tiga minggu.
Turut dirampas, 8,000 senjata api dan pada masa sama, polis melakukan sebanyak 15,000 tangkapan.
Pasukan polis dari Mexico dan Argentina bertukar maklumat dalam operasi berkenaan yang diatur oleh Interpol.
Interpol berkata, tangkapan berkenaan berjaya mematahkan operasi beberapa geng kongsi gelap yang berkuasa.
Digelar 'Trigger IX', tujuan utama operasi peringkat antarabangsa itu ialah memerangi sindiket penyeludupan senjata api rentas negara.
Beberapa pakar dari negara yang mengambil bahagian berkumpul di Foz do Iguacu, Brazil berdekatan dengan sempadan negara itu bersama Argentina dan Paraguay, dari 12 Mac hingga 2 April lepas.
Interpol sudah lama memberi amaran aktiviti menyeludup senjata api menjadikan kumpulan kongsi gelap semakin berkuasa dan membolehkan mereka menjalankan aktviti jenayah dengan mudah.
"Operasi yang memberi tumpuan kepada penyeludupan senjata api membawa kepada rampasan dadah begitu banyak,
"ini membuktikan kedua-dua jenayah ini berkait antara satu sama lain," kata Setiausaha Agung Interpol Jurgen Stock merujuk kepada rampasan 203 tan dadah pelbagai jenis.
Astro Awani
Wed Apr 19 2023
Pasukan polis dari 15 buah negara terlibat dalam operasi Trigger IX. - Foto Interpol
Peniaga rugi RM140,000 terima 'cek tendang' urusan jualan jam Rolex
Mangsa lelaki rakyat tempatan mengiklankan jam tangan miliknya di aplikasi Facebook dengan harga RM88,000 pada 27 Okt lepas.
Kerajaan ada rancangan sandaran jika MALBATT terpaksa berundur
Katanya, buat masa ini komitmen negara masih berterusan seperti negara-negara lain yang menghantar anggota tentera mereka ke Lubnan.
AWANI Ringkas: PM: Akrab dengan China tidak bermakna menyebelahi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MetMalaysia keluarkan nasihat taufan Yinxing
Taufan itu berada pada kedudukan latitud 18.4 utara dan longitud 119.5 timur, kira-kira 118 km ke Barat Laut Laoag City, Filipina.
AWANI Pagi: Jiwa SME | Rahsia usahawan tempatan menawan cabaran untuk kecapi kejayaan
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama tiga tetamu, Naib Presiden Unifi Business, Mohamad Yusman Ammeran, Pengasas Sumatraa Sdn Bhd, Mohammad Syaifullah Che Ghani dan Nor Hedayah Kaulan, Pengasas Hedy's International Sdn Bhd berkongsi rahsia kejayaan dalam bidang keusahawanan dan bagaimana mereka menerima bantuan untuk mengecapi kejayaan itu.
Kita Gempur: KPDN Pulau Pinang rekod 121 kes dengan nilai rampasan lebih RM100,000
Menerusi pemeriksaan terhadap 3,239 premis di sekitar Pulau Pinang, kompaun RM18,600 turut dikeluarkan dalam tempoh berkenaan.
Gobind komited bantu pemain bandar pintar Malaysia lebar sayap ke pentas dunia
Beliau menegaskan, syarikat tempatan mempunyai potensi yang besar untuk bersaing di peringkat global.
Trump namakan Susie Wiles sebagai Ketua Turus Rumah Putih
Beliau menyifatkan Wiles sebagai seorang yang "tegas, pintar, inovatif dan dihormati serta dikagumi oleh semua pihak."
#AWANIRingkas 8 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 8 November 2024
1️⃣ Hasil lawatan PM ke China
2️⃣ Kejayaan penting buat Malaysia
3️⃣ Pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur
#awaniringkas
1️⃣ Hasil lawatan PM ke China
2️⃣ Kejayaan penting buat Malaysia
3️⃣ Pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur
#awaniringkas
Isu FashionValet: Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Difahamkan, proses merakam keterangan mereka hari ini adalah berkait dengan dokumen serta beberapa transaksi didakwa meragukan.
Operasi Trigger IX: Polis Amerika Latin rampas dadah bernilai lebih RM22 bilion
Turut dirampas, 8,000 senjata api dan pada masa sama, polis melakukan sebanyak 15,000 tangkapan.