Amerika Syarikat mahu negara-negara ASEAN mengurangkan ketegangan di Laut China Selatan yang tercetus akibat tuntutan bertindih ke atas beberapa buah pulau.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama berkata, dalam perbincangannya dengan 10 pemimpin Asia Tenggara itu, mereka bersetuju sebarang tuntutan bertindih ke atas mana-mana wilayah, ia perlu diselesaikan secara aman dan mengikut undang-undang.
Obama berkata, AS-ASEAN menekankan semula ketegasan komitmen mereka, bahawa sebarang perkara termasuk undang-undang antarabangsa, nilai norma dan hak semua negara perlu diambil kira.
Ia termasuk perbincangan terhadap tindakan ketara di Laut China Selatan bagi mengurangkan ketegangan termasuk menghentikan tuntutan berterusan, pembinaan baharu dan pertikaian zon tentera di kawasan tuntutan bertindih.
“Apabila ASEAN bercakap dalam satu suara yang jelas, ia boleh mengukuhkan keselamatan, peluang dan kemanusiaan. Ia bukan sahaja demi lebih 600 juta penduduk di ASEAN malah di rantau Asia Pasifik dan seluruh dunia.
“Saya berpuas hati kerana pada sidang kemuncak ini, suara ASEAN yang bersatu membolehkan kita mencapai kemajuan dalam beberapa perkara,” kata Obama.
Beliau berkata demikian pada hari terakhir Sidang kemuncak Pemimpin ASEAN di California pada Selasa.
Beberapa tindakan China ke atas beberapa pulau di Laut China Selatan mencetuskan perbincangan hangat sepanjang dua hari sidang kemuncak yang diadakan di Sunnylands.
Dalam kenyataan bersama, Obama dan 10 pemimpin dan ketua negara ASEAN turut menuntut resolusi aman dalam menyelesaikan pertelingkahan mengenai tuntutan bertindih maritim termasuk pulau, terumbu karang dan lagun.
Agensi
Wed Feb 17 2016
OBAMA: Suara ASEAN yang bersatu membolehkan kita mencapai kemajuan dalam beberapa perkara.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
ASEAN, AS komited tingkat kerjasama dalam bidang maritim
ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) komited untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang maritim melalui mekanisme diterajui ASEAN.
Persidangan AS-ASEAN: Malaysia dijangka bertegas mengenai perairan Laut China Selatan - Penganalisis
Ismail Sabri Yaakob dijangka sentuh perkara itu sewaktu Persidangan Khas AS-ASEAN di Washington.
Obama mahu ketegangan di Laut China Selatan dikurangkan
AS-ASEAN menekankan semula ketegasan komitmen bahawa sebarang perkara termasuk undang-undang antarabangsa, nilai norma dan hak semua negara perlu diambil kira.