JABATAN Polis New York City (NYPD) akhirnya berjaya mengesan pasangan yang kehilangan cincin lamaran mereka selepas mengiklannya di laman social rasmi Twitter pihak berkuasa negeri itu.

Cincin tersebut ditemui NYPD yang terpaksa mengiklankan penemuan tersebut di Twitter dan kemudiannya mendapat lebih 20,000 ulang ciap daripada netizen.

Video kejadian itu dikongsi di Twitter oleh NYPD pada Sabtu.



Ia kemudiannya menjadi tajuk utama dan akhirnya sampai ke pengetahuan pasangan baru bertunang itu.

Pasangan tersebut bagaimanapun sudah kembali ke negara asal mereka di United Kingdom.

NYPD turut mengucapkan terima kasih kepada semua netizen yang prihatin terhadap iklan tersebut.