NVIDIA kini disasarkan mengatasi nilai pasaran Apple, sekali gus menjadikannya sebagai syarikat kedua paling bernilai tinggi di dunia.

Seperti ramai sedia maklum, NVIDIA menghasilkan cip yang menguasakan pelbagai pembangunan berasaskan kecerdasan buatan kebelakangan ini.

Dengan permintaan pembangunan kecerdasan buatan tinggi, ia sekali gus membuatkan nilai syarikat NVIDIA turut meningkat mendadak kebelakangan ini.

Malah, perkembangan arena teknologi kebelakangan ini dilihat agak selari dengan penawaran NVIDIA – daripada penawaran untuk permainan video, kriptowang, dan kini untuk kecerdasan buatan.

Sebelum ini, NVIDIA sedia mengatasi Amazon dan Google dari segi nilai syarikat, dan nilai sahamnya terus meningkat secara positif setiap hari.

Ini membuatkan ramai penganalisis menyasarkan NVIDIA mengatasi Apple dari segi nilai pasaran syarikat, dan meletakkan ia di tangga kedua, di belakang Microsoft. -Amanz