Lebih 200 individu di Nigeria telah disabitkan dengan pertuduhan terlibat dalam kumpulan militan Boko Haram, kata Kementerian Keadilan pada Isnin.
Sabitan ke atas sejumlah 205 individu dalam perbicaraan beramai-ramai itu menandakan tamatnya peringkat kedua cabaran perundangan terbesar di Nigeria terhadap Boko Haram, yang telah memulakan pemberontakan pada 2009 bagi mewujudkan sebuah negara Islam di timur laut Nigeria.
"Kebanyakan mereka telah disabitkan bagi kesalahan mengaku menganggotai kumpulan pengganas itu, (atau) menyembunyikan maklumat mengenai kumpulan tersebut, yang mereka tahu atau percaya boleh membantu membawa kepada penahanan, pendakwaan atau sabitan terhadap anggota Boko Haram," menurut kenyataan kementerian itu.
Hukuman penjara yang dijatuhkan adalah antara tiga hingga 60 tahun.
Kenyataan itu juga menyebut sejumlah 526 individu yang didakwa bersekutu dengan Boko Haram dibebaskan untuk pemulihan manakala 73 kes lagi telah ditangguh.
Lebih 20,000 orang terbunuh manakala dua juta lagi terpaksa meninggalkan rumah mereka sejak pemberontakan itu meletus.
Menurut kementerian itu, sesetengah individu yang kes mereka didengar minggu lepas di sebuah pusat tahanan di pusat bandar Nigeria telah ditahan tanpa perbicaraan sejak 2010, manakala beberapa orang lagi dibebaskan kerana kekurangan bukti.
Pada Oktober, kementerian itu berkata sejumlah 45 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan Boko Haram telah disabit dan dihukum penjara.
Sejumlah 468 suspek lain telah dibebaskan manakala 28 lagi ditahan reman untuk perbicaraan di Abuja atau Minna.
-- BERNAMA-NNN-AGENCIES
Bernama
Tue Feb 20 2018

Penyokong kumpulan protes #BringBackOurGirls di Abuja pada acara memperingati 1,000 hari sejak 200 pelajar wanita diculik Boko Haram dari sekolah menengah di Chibok, Nigeria, 8 Jan, 2017. REUTERS / Fail
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

35 maut dalam letupan stesen minyak di Nigeria
Kemalangan itu berlaku di sebuah stesen minyak sepanjang Jalan Lafia-Makurdi yang menghubungkan ibu kota Abuja dengan bahagian utara dan selatan Nigeria.

'Takut pergi pasar nanti orang ludah' - Nasir Bilal Khan
Pelakon Nasir Bilal Khan akui teruja dengan sambutan yang diterima menerusi watak antagonis dalam filem terbaharunya, Munafik 2.

Nigeria sabitkan 205 suspek anggota Boko Haram
Sabitan ke atas sejumlah 205 individu dalam perbicaraan beramai-ramai itu menandakan tamatnya peringkat kedua cabaran perundangan terbesar di Nigeria terhadap Boko Haram.

Rakyat marah kerajaan Nigeria gagal selesai kes culik 300 pelajar
Demonstrasi dan siri bantahan kini giat dianjurkan bagi mendesak kerajaan mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan gadis terlibat.

Letupan di perhentian bas ragut 72 nyawa
Saksi mendakwa, letupan berpunca dari sebuah kenderaan yang penuh dengan minyak dan terbakar sebelum meletup.