New Zealand merekodkan empat kes baharu COVID-19 selepas 102 hari tanpa penularan tempatan.
Perdana Menteri Jacinda Ardern mengumumkan kesemua kes melibatkan satu keluarga di bandar terbesar negara itu, Auckland.
Keluarga terbabit dilaporkan tidak keluar negara dan punca jangkitan masih dalam siasatan.
Tambahnya Perintah Kawalan Pergerakan peringkat tiga akan dikenakan di Auckland semasa siasatan dijalankan.
"Kami masih tidak dapat menentukan punca jangkitan kepada kes ini," beliau berkata dalam sidang media di Wellington pada Rabu.
Semua sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak akan ditutup bermula Rabu.
Tiada penularan tempatan dilaporkan di New Zealand selama lebih tiga bulan dan penduduk telah menjalani kehidupan seperti biasa.
Kesemua 22 kes sebelum ini merupakan kes import dan mereka telah ditempatkan di pusat kuarantin yang ditetapkan.
Agensi
Tue Aug 11 2020

ARDERN: Kami masih tidak dapat menentukan punca jangkitan kepada kes ini. - Gambar fail
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tembakan rambang Auckland: Tiada rakyat Malaysia terlibat - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam insiden tembakan rambang yang berlaku di Quay Street, Auckland, New Zealand.

Ekonomi hijau, integrasi PKS antara topik utama pada Mesyuarat Suruhanjaya CPTPP
Ekonomi digital dan hijau serta integrasi lebih kukuh bagi PKS Malaysia ke dalam rantaian bekalan global adalah antara topik utama yang akan dibincangkan pada Mesyuarat Suruhanjaya CPTPP.

Pesawat Qantas mendarat cemas di Sydney
Sebuah penerbangan Qantas dari Auckland dilaporkan selamat mendarat di Sydney selepas panggilan kecemasan dikeluarkan akibat kegagalan enjin.

New Zealand lapor 22 kes jangkitan tempatan libatkan varian Delta
New Zealand pada Isnin melaporkan 22 kes jangkitan tempatan COVID-19 melibatkan varian Delta, dan menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 1,071.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

COVID-19: New Zealand rekod 21 kes baharu
Jacinda Ardern beri amaran penularan dijangka meningkat dalam tempoh beberapa hari lagi.

COVID-19: Empat lagi kes baharu dicatat di New Zealand
Empat kes baharu itu termasuk seorang petugas kesihatan hospital di Auckland.

COVID-19: Auckland jalani perintah berkurung kedua bulan ini
Langkah berkenaan diambil susulan satu kes baharu dikesan yang didapati telah dijangkiti selama seminggu namun tidak menjalani kuarantin.

COVID-19: New Zealand umum perintah berkurung tiga hari di Auckland
New Zealand mengumumkan pelaksanaan perintah berkurung selama tiga hari di Auckland susulan pengesanan kluster baharu wabak COVID-19 di negara itu.