PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden tembakan rambang yang berlaku di Quay Street, Auckland, New Zealand pada Khamis, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).

Dalam kenyataan pada Khamis, Wisma Putra berkata Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh menghubungi pihak suruhanjaya di talian +64-4-3852439 dan +64-210440188 (untuk kecemasan) atau melalui email mwwellington@kln.gov.my.

"Sebarang perkembangan terkini mengenai insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," kata Wisma Putra.

 

[TERKINI] Dua maut, enam cedera termasuk anggota polis kejadian tembakan di Auckland


Menurut laporan awal, seorang lelaki bersenjatakan senapang patah melepaskan tembakan rambang yang setakat ini meragut dua nyawa dan mencederakan enam yang lain.

Penembak rambang itu dilaporkan mati di tempat kejadian.

-- BERNAMA