Gambar itu pada mulanya dimuat naik pemilik akaun Twitter @accioeverlark pada 20 Ogos lalu.
Warga media sosial mula berkongsi gambar itu di Twitter dan Facebook dan ia kemudiannya menjadi viral sejak beberapa hari lalu.
Foto yang dimuat naik @accioeverlark di laman Twitter.
Menurut status yang dimuat naik bersama gambar tersebut, Cameron menaiki pesawat EasyJet yang merupakan salah satu pesawat tambang murah paling popular di Eropah.
Cameron dikatakan dalam perjalanan ke Portugal ketika gambar bertarikh 19 Ogos 2015 itu diambil.
Pesawat berkenaan tidak menyediakan makanan dan Cameron dilihat hanya makan makanan ringan untuk mengalas perut.
Seperti dijangka, netizen memuji tindakan Cameron yang disifatkan sebagai simbol kerendahan hatinya.
Namun ada juga yang menganggap ia melambangkan ekonomi Britain kini berada di tahap yang membimbangkan sehingga seorang Perdana Menteri menaiki pesawat tambah murah.