Kesihatan bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela, tokoh berusia 94 tahun itu dilaporkan beransur pulih selepas lima hari menjalani rawatan di hospital.

Mandela yang disahkan dijangkiti prenoumenia dilapor menghabiskan masa bersama anggota keluarga sempena sambutan Hari Easter.

Keadaan kesihatannya menampakkan perubahan selepas ikon anti Aparteid itu menjalani pembedahan bagi mengeluar cecair daripada paru-paru bagi melancarkan sistem pernafasannya.

Ia kali ketiga Mandela dimasukkan ke hospital sejak Disember lalu.