PUTRAJAYA: Dalam usaha pulih daripada COVID-19, negara-negara Komanwel perlu mengambil tindakan secara kolektif untuk mengurangkan jurang digital di antara negara-negara maju dan membangun.
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah juga menggariskan keperluan sektor awam dan swasta untuk terus menggunakan teknologi digital, yang telah digunakan secara meluas semasa perintah berkurung akibat pandemik COVID-19.
Beliau berkata demikian di Mesyuarat Ke-21 Menteri-Menteri Luar Komanwel (CFAMM) pada Khamis yang diadakan secara maya.
Mesyuarat itu telah dipengerusikan oleh Elizabeth Truss, Menteri Wanita dan Kesaksamaan dan Setiausaha Luar, Hal Ehwal Komanwel dan Pembangunan United Kingdom yang juga merupakan Pengerusi Komanwel.
Saifuddin juga menyeru negara-negara Komanwel supaya menjalinkan rantaian kerjasama dalam usaha pemulihan COVID-19 melalui diplomasi kesihatan.
Beliau juga menekankan pentingnya pengedaran vaksin COVID-19 secara adil, mudah diakses dan pada harga yang berpatutan bagi semua negara Komanwel. Ini perlu dilaksanakan selaras dengan prinsip ketelusan dan tadbir urus yang baik.
Mengenai kesan perubahan iklim, Saifuddin mengimbas kembali Deklarasi Langkawi mengenai Alam Sekitar yang dipersetujui oleh Ketua-ketua Negara Komanwel pada 1989 yang bertujuan melindungi alam sekitar dan menangani kesan perubahan iklim.
Beliau menggesa pihak Komanwel agar komited dan terus menperjuangkan isu-isu perubahan iklim menjelang Persidangan Ke-26 Negara Ahli kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP26).
CFAMM membincangkan isu-isu Komanwel seperti pelaksanaan mandat Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel 2018, isu-isu global semasa yang mempengaruhi Komanwel, taklimat mengenai hal-hal perselisihan persempadanan dan initiatif - initiatif yang telah dilaksanakan oleh Sekretariat Komanwel.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 16 2021
Saifuddin menggariskan keperluan sektor awam dan swasta untuk terus menggunakan teknologi digital, yang telah digunakan secara meluas semasa perintah berkurung akibat pandemik COVID-19. - Gambar fail
Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok
Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang tadi.
Digital nomad: New Zealand longgarkan peraturan visa pelawat
New Zealand juga menyasarkan pelancong yang mahukan peluang untuk bekerja sambil mengembara di negara itu.
Menara loceng bangunan abad ke-19 di Paris musnah
Kebakaran di bangunan pentadbiran daerah ke-12 Paris memusnahkan menara loceng dalam kejadian awal pagi Isnin.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Eksekutif letak jawatan akibat dakwaan salah laku seksual
Dua eksekutif syarikat Fuji Media Jepun umum letak jawatan selepas mengakui gagal menangani isu dakwaan salah laku seksual melibatkan pengacara terkenal, Masahiro Nakai.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Tumpuan Selasa – 29 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (27 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ribuan banduan di Congo loloskan diri dari penjara
Difahamkan, perkara ini tercetus apabila sekumpulan pemberontak yang disokong Rwanda berjaya memasuki ke bandar Goma di timur Congo.
Harapan untuk pulang musnah, Israel dan Hamas tuduh langgar perjanjian
Rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal seperti Omar Halawa menunggu selama berjam-jam di penghadang tentera Israel di Wadi Gaza, berusaha untuk menyeberangi jalan pesisir.
Usaha Lestari Niaga perkasa peniaga kecil serta tarik pelancong
Dr Zaliha menambah, langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Malaysia jadi negara contoh ‘best practice’ perkembangan digital, teknologi AI
Malaysia dijadikan salah satu negara contoh yang mempunyai best practice bagi memastikan aspirasi digital dan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dapat dijayakan.
Pertabalan Raja Charles III bakal saksikan istiadat ketenteraan terbesar dalam tempoh 70 tahun
Istiadat akan berlangsung di Westminster Abbey pada 6 Mei.
Malaysia sedia hulur bantuan teknikal ke negara Komanwel - Zambry
Malaysia sedia menghulurkan bantuan teknikal kepada negara-negara Komanwel yang memerlukan, kata Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kemangkatan Ratu Elizabeth II
Yang Dipertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, menzahirkan ucapan takziah kepada Keluarga Diraja Britain atas pemergian Ratu Elizabeth II.
Malaysia komited perkukuh kerjasama dengan negara Komanwel lain - Wisma Putra
Malaysia menyertai 53 negara Komanwel lain untuk meraikan ikatan bersama dan sumbangan Negara-Negara Komanwel ke arah mewujudkan persekitaran global yang harmoni.
Malaysia komited main peranan penting dalam Komanwel
Hari Komanwel, yang jatuh pada 12 Mac, ialah bagi mengingati pencapaian Komanwel sejak penubuhannya pada 1949.
Malaysia dilantik tuan rumah CHOGM ke-26 pada 2020
Pelantikan itu merupakan pengiktirafan terhadap peranan penting Malaysia sebagai anggota negara Komanwel sejak 50 tahun lalu.