Negara Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS), BRICS dan negara sahabat yang lain mungkin menjadi penerima asing pertama vaksin COVID-19 Rusia, Sputnik V, kata Profesor Ruslan Abramov dari Universiti Ekonomi Plekhanov Rusia.
Minggu lalu, Rusia mendaftarkan vaksin COVID-19 pertama di dunia, yang dibangunkan Institut Gamaleya di Moscow disokong Kementerian Pertahanan dan Dana Pelaburan Langsung (RDIF).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif RDIF Kirill Dmitriev, negara itu telah menerima permintaan awal untuk 1 bilion dos vaksin daripada lebih 20 negara.
"Keutamaan mungkin diberikan kepada negara antaranya CIS, China, India, Brazil, Serbia dan negara Eropah timur yang lain," kata Abramov kepada Sputnik.
Pada masa sama, katanya, terlalu awal untuk bercakap mengenai Sputnik V sebagai projek komersial dan Rusia terlebih dahulu akan memenuhi keperluannya sendiri.
"Ada beberapa alasan untuk itu. Pertama, kita harus benar-benar memastikan vaksin itu selamat dan berkesan dalam jangka panjang. Kemudiannya, ia harus memenuhi permintaan di pasaran domestik. Dan hanya selepas itu kita boleh membincangkan mengenai aspek komersial," jelasnya.
Menurut Abramov dunia kini menyaksikan fasa baharu "perlumbaan vaksin" dan Rusia terus berada di hadapan.
"Tetapi hanya masa akan menentukan sama ada kepemimpinan ini akan berterusan dan diperkukuh. Jangan lupa banyak negara di dunia mempunyai pusat virologi yang menghasilkan vaksin dan mempunyai rekod baik," kata Abramov.
Meskipun negara Barat kelihatan kurang yakin dengan vaksin Sputnik V, yang belum lulus ujian klinikal tahap tiga, pakar itu percaya bahawa ia selamat dan berkesan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 18 2020

Meskipun negara Barat kelihatan kurang yakin dengan vaksin Sputnik V (gambar) yang belum lulus ujian klinikal tahap tiga, pakar percaya ia selamat dan berkesan. - Gambar fail REUTERS

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Vaksin COVID-19 berkesan menentang varian Delta - Ketua Pengarah Kesihatan
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberi jaminan bahawa semua vaksin yang digunakan di bawah PICK di seluruh negara berkesan menentang varian Delta.

Semua vaksin berkesan terhadap varian Delta - Khairy
Vaksin AstraZeneca, Pfizer dan Sinovac yang diberikan kepada rakyat Malaysia setakat ini telah terbukti berkesan terhadap varian baharu itu.

Tun Mahathir persoal keberkesanan PKP
Dr Mahathir berkata, terbukti PKP tidak berjaya mengurangkan jumlah kes dan kematian baru namun ia diteruskan untuk beberapa hari lagi.

Kerajaan akan pastikan vaksin selamat, berkesan, stabil
Vaksin itu akan melalui proses penilaian dan pengujian daripada badan pengawal selia yang diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Malaysia-China meterai perjanjian pembangunan vaksin selamat, berkesan
Malaysia dan China menandatangani persetujuan bagi memperkukuhkan kerjasama pembangunan vaksin yang selamat dan berkesan bagi pandemik COVID-19.

Negara CIS, BRICS mungkin penerima awal vaksin Sputnik V
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif RDIF Kirill Dmitriev, negara itu telah menerima permintaan awal untuk 1 bilion dos vaksin daripada lebih 20 negara.

COVID-19: Brazil kaji vaksin Sinovac keluaran China
Presiden Institut Butantan Dimas Covas yang mengetuai kajian berkenaan berkata, jika vaksin itu terbukti selamat dan berkesan, Brazil akan menerima 120 juta dos dari China pada awal tahun depan.