Nasib dua warga Malaysia yang hilang dalam drama tebusan in Amenas, Algeria masih belum diketahui.

Algiers mengesahkan 37 warga asing dan 11 warganya terkorban dalam drama tebusan berkenaan.

Jumlah itu dijangka bertambah kerana lima lagi mangsa dilaporkan masih hilang.

Seramai 29 penyerah terbunuh dan tiga orang lagi ditangkap hidup-hidup ketika serbuan tentera dibuat minggu lalu.

Perkara berkenaan diumum Perdana Menterinya Abdel Malik Sellah dalam sidang akhbar pada Isnin.

Tujuh warga Jepun, 6 Filipina, masing-masing tiga daripada Amerika Syarikat dan Britain, dua Romania dan seorang daripada Perancis disahkan antara yang terbunuh dalam drama tebusan empat hari.

Pengesahan rasmi jumlah korban lebih rendah berbanding laporan sebelum ini di mana ia mendakwa 81 maut dalam insiden berkenaan.