TEHRAN: Naratif sebenar dan peranan penting wanita dalam bidang media boleh membantu lebih lanjut menangani isu-isu hak asasi manusia, profesionalisme dan berita palsu.
Presiden Iran, Ebrahim Raisi berkata penyertaan wanita dalam bidang media juga penting untuk memperbesar suara yang tidak didengari serta untuk mengelakkan keadaan negatif.
"Peranan anda yang kuat dan media yang bebas adalah penting kerana mereka boleh dicontohi oleh orang lain terutamanya warga global," kata Raisi semasa pertemuan ringkas dengan lebih daripada 100 wartawan dan aktivis media wanita, termasuk dua rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam edisi pertama Festival Media Khorsheed Antarabangsa.
Turut hadir semasa pertemuan di Pusat Persidangan Antarabangsa Iran adalah Menteri Kebudayaan dan Bimbingan Islam Iran, Mohammad Mahdi Esmaili, dan Pengarah Program Festival, Marzieh Hashemi.
Mengenai festival tersebut, Raisi menekankan bahawa ia merupakan platform yang baik untuk membincangkan dan meningkatkan kerjasama antara peserta.
"Ia secara langsung boleh mencipta kuasa analisis dan menjadi sumber penting bagi maklumat dan perkongsian pengetahuan yang baik," kata Raisi.
Bertemakan "Wanita Mengisahkan, Menerangi dan Memulakan Perubahan", festival yang diadakan di timur laut Iran dari Jumaat (29 Sept) hingga 1 Okt.
Festival tahun ini juga didedikasikan untuk mengenang Shireen Abu Akleh, seorang wartawan Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel pada Mei 2022 di bandar Jenin di Tebing Barat yang diduduki.
Festival itu merangkumi topik yang melibatkan kehadiran wanita dalam media dan promosi keadilan sosial, impak media terhadap institusi keluarga, peranan wanita dalam penentangan melalui media, normalisasi keganasan terhadap wanita oleh media dan hubungan antara media dan perhambaan zaman moden.
Selain Malaysia, negara-negara yang mengambil bahagian dalam festival itu termasuk di antaranya Brazil, Indonesia, China, Sepanyol, Uganda, Venezuela, Kuwait, Argentina, Oman, United Kingdom, dan Jordan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2023
Ebrahim Raisi berkata penyertaan wanita dalam bidang media juga penting untuk memperbesar suara yang tidak didengari serta untuk mengelakkan keadaan negatif. - Gambar fail/AP
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Naratif sebenar, peranan wanita dalam media bantu tangani cabaran semasa - Presiden Iran
Naratif sebenar dan peranan penting wanita dalam bidang media boleh membantu lebih lanjut menangani isu-isu hak asasi manusia, profesionalisme dan berita palsu.