Sebuah pesawat peribadi dilaporkan terhempas dan mengorbankan kesemua lapan penumpang.

Nahas berlaku di Saltillo yang terletak di utara Mexico.

Menurut pihak berkuasa, pesawat mewah jenis Hawker 800 terbabas ketika membuat pendaratan.

Kabus tebal dikatakan punca juruterbang gagal mengawal pesawat shingga melanggar bumbung sebuah gudang berhampiran lapangan terbang.

Pesawat berkenaan terbakar dan berkecai dengan serpihan bertaburan dalam jarak 400 meter.

Pasukan bomba mengambil masa satu jam untuk memadamkan api.

Pesawat membawa dua juruterbang, dua pasangan suami isteri dan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun serta seorang wanita.