Syarikat-syarikat penerbangan dan penggubal dasar telah bergegas untuk meluluskan mandat yang memerlukan dua orang anak kapal di dalam kokpit pada setiap masa berikutan tragedi nahas Germanwings di mana seorang juruterbangnya didakwa telah menjatuhkan kapal terbang itu apabila bersendirian di dalam ruang kawalan tersebut.
Syarikat penerbangan tambang murah British, easyJet, merupakan syarikat terbesar untuk mengumumkan perubahan dasarnya pada Khamis selepas pendakwa raya Perancis berkata pembantu juruterbang itu, Andreas Lubitz, 28, telah menguncikan dirinya di dalam kokpit sebelum menjatuhkan pesawat A320 Airbus di kawasan pergunungan Alps Selasa lalu.
Pengumuman yang sama turut dibuat oleh kerajaan Kanada, Icelandair dan Norwegian Air Shuttle berikutan nahas yang telah mengorbankan kesemua 150 orang di dalam kapal terbang itu.
Pertubuhan Penerbangan Jerman, BDL, berkata mereka juga mahu memperkenalkan peraturan dua orang di dalam kokpit di kalangan ahlinya, manakala Lufthansa berkata langkah itu akan dibincangkan dalam satu mesyuarat industri pada Jumaat.
Individu kedua boleh terdiri daripada seorang pramugara atau pramugari jika juruterbang atau pembantu juruterbang perlu keluar dari kokpit sewaktu penerbangan.
Thomas Hesthammer, ketua operasi penerbangan Norwegian Air Shuttle, iaitu syarikat penerbangan tambang murah ketiga terbesar di Eropah, berkata tragedi Alps merupakan pencetus kepada perubahan prosedur syarikat tersebut.
"Kami telah membincangkan ini untuk satu jangka masa yang panjang tetapi episod ini telah mempercepatkan keadaan," katanya.
Icelandair juga berkata tindakannya didorong berikutan pendedahan mengejutkan minit-minit terakhir pesawat Germanwings 4U 9525 dari Barcelona ke Dusseldorf.
Kanada, dalam satu arahan kecemasan oleh kerajaan tersebut, turut mengarahkan semua syarikat penerbangannya untuk memastikan sentiasa terdapat dua orang di dalam kokpit.
Arahan itu dikatakan wajib dipatuhi dan dikuat kuasakan serta-merta.
"Jika anda membawa penumpang, perkara ini perlu dipatuhi," kata Menteri Pengangkutan Kanada, Lisa Raitt.
"Anda perlu mempunyai dua anak kapal di dek penerbangan pada setiap masa."
Syarikat penerbangan tersohor Kanada, Air Canada, WestJet serta syarikat penerbangan sewa khas Air Transat sebelum ini telah memaklumkan, mereka akan mempraktikan dasar tersebut berikutan tragedi yang melanda Germanwings.
Di Eropah, mana-mana syarikat penerbangan yang turut serta akan berbuat demikian secara sukarela disebabkan peraturan keselamatan udara Eropah, berbanding Amerika Syarikat dan Kanada yang 'senyap' tentang perkara ini.
"Peraturan Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah tidak memerlukan juruterbang digantikan oleh seorang anak kapal apabila dia meninggalkan kokpit," kata seorang jurucakap agensi.
Bagaimanapun, juruterbang-juruterbang itu perlu kekal di ruang kawalan tersebut, melainkan untuk ke bilik air atau berehat ketika penerbangan jarak jauh.
"Tiada apa-apa yang menghalang sesebuah syarikat daripada memperkenalkan prosedur-prosedur tersendiri yang lebih sukar daripada peraturan-peraturan sedia ada," kata Frode Lenning, seorang pegawai di pihak berkuasa penerbangan awam Norway.
Tiada jaminan
Pengawal selia Amerika di Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) memerlukan seorang anak kapal untuk berada di kokpit yang berkunci jika salah seorang juruterbang pesawat perlu ke tandas atau untuk keperluan "fisiologi" lain.
Penyiasat mengesyaki juruterbang Germanwings itu meninggalkan dek penerbangan untuk ke bilik air, meninggalkan Lubitz yang berusia 28 tahun itu mengambil alih tugas.
Dasar kokpit itu sesuatu yang jarang di Eropah, walau bagaimanapun terdapat beberapa syarikat seperti Ryanair, Finnair dan Iberia telah pun melaksanakannya.
Carsten Spohr, yang mengetuai syarikat induk Germanwings, Lufthansa, menyifatkan dasar itu bukan sahaja luar biasa di Eropah malah di dunia.
Menurut pakar, meskipun bagi syarikat penerbangan yang melaksanakan dasar itu, masih tidak ada jaminan ia akan bebas dari sebarang tragedi yang tidak diingini.
Selepas kejadian 9/11 kebanyakan syarikat penerbangan memberi tumpuan kepada ancaman pengganas, dan banyak syarikat yang mengguna pakai sistem mengunci pintu kokpit untuk menghalang pengganas daripada mengambil alih kawalan.
Namun, pihak berkuasa Jerman dan Perancis mempercayai bahawa Lubitz tidak terlibat dengan plot pengganas, tetapi motif pegawai muda itu masih menjadi misteri.
Jiran-jiran serta rakan-rakan penerbangannya menyifatkan beliau sebagai seorang yang "mesra" dan selalu berjoging dengan teman wanitanya.
Nahas Germanwings merupakan tragedi yang paling dahsyat sepanjang sejarah Perancis sejak tahun 1974 apabila pesawat Turkish Airlines terhempas dan menyebabkan 346 orang maut.
AFP
Fri Mar 27 2015
Syarikat-syarikat penerbangan dan penggubal dasar telah bergegas untuk memandatkan keperluan dua orang anak kapal di dalam kokpit pada setiap masa berikutan tragedi nahas Germanwings. - Gambar fail
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 8 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline rancang untuk disenaraikan pada 2026 - CEO
Banyak faktor dan kerja dibuat bagi memastikan syarikat berada pada kedudukan yang baik untuk disenaraikan dalam tempoh masa ditetapkan.
Anak syarikat AirAsia selesai pemasangan pertama jalur lebar GX Aviation
AirAsia Group adalah pelanggan terbesar untuk penyelesaian jalur lebar GX Aviation di rantau Asia Pasifik.
Lagi serpihan EgyptAir ditemui di beberapa lokasi: Penyiasat
Isyarat dari kotak hitam pesawat itu dijangka hanya akan berfungsi sehingga hujung bulan ini.
EgyptAir MS804: Nasib pesawat, penumpang masih jadi tanda tanya
Selepas hampir 24 jam gagal dikesan radar, nasib pesawat dengan 66 penumpang termasuk anak kapal masih belum diketahui.
Pesawat Asiana Airlines mendarat cemas di Hiroshima, 23 penumpang cedera
Lebih 20 penumpang cedera apabila sebuah pesawat Airbus A320 milik Asiana Airlines membuat pendaratan cemas di sebuah landasan di barat Jepun pada malam Selasa.
Germanwings: Andreas Lubitz kaji mengenai pintu kokpit dan bunuh diri
Pembantu juruterbang yang disyaki sengaja menjatuhkan pesawat Germanwings pada 24 Mac lalu turut mencari maklumat tentang 'bunuh diri' dan pintu kokpit di internet.
Nahas Germanwings: Kapten pesawat malang dikenal pasti
Sonderheimer memulakan kerjayanya bersama Germanwings pada Mei 2014, tetapi sebelum ini telah berkhidmat dengan syarikat induk Lufthansa dan subsidiarinya Condor selama lebih 10 tahun.
Nahas Germanwings: Syarikat penerbangan bergegas laksana dasar kokpit baru
Syarikat-syarikat penerbangan dan pembuat dasar telah bergegas untuk membuat mandat baru bahawa dua orang anak kapal perlu berada dalam kokpit pada setiap masa berikutan tragedi Germanwings.
Tiada indikasi mengenai motif pembantu juruterbang: CEO Lufthansa
Tiada petunjuk untuk mengenalpasti sebab pembantu juruterbang Germanwings sengaja menghempaskan pesawat itu, kata Carsten Spohr.
Juruterbang perlu kerap jalani pemeriksaan fizikal, mental: ICAO
Berikutan nahas Germanwings pada Selasa, para juruterbang harus kerap menjalani pemeriksaan kesihatan fizikal dan mental, kata agensi UN itu.