Myanmar bakal mendapat presiden baharu hari ini apabila tiga calon bakal bersaing untuk jawatan itu setelah memperoleh kelulusan Parlimen pada Isnin.
Parlimen Myanmar akan membuat undian bagi memilih presiden baharu yang terdiri daripada kumpulan tiga calon.
Calon yang mendapat undian tertinggi akan menjadi presiden manakala dua lagi akan memegang jawatan naib presiden.
Htin Kyaw, 69, seorang graduan ekonomi mewakili Parti Demokrasi Liga Kebangsaan (NLDP) pimpinan ikon demokrasi Aung San Suu Kyi, dilihat sebagai calon pilihan untuk memenangi proses itu.
Bekas rakan sekolah Suu Kyi itu merupakan individu yang sering di sisinya ketika ikon itu dibebaskan daripada tahanan rumah pada 2010, selain pernah menjadi pemandu peribadinya.
Suu Kyi di bawah perlembagaan Myanmar, terhalang daripada menggalas sebarang jawatan tertinggi politik negara itu kerana dia berkahwin dengan warganegara asing dan mempunyai anak dengan bangsa asing tersebut.
Ada sesetengah pihak melihat Suu Kyi seperti Sonia Gandhi di India, yang mempunyai pengaruh yang besar dalam pentadbiran Parti Kongres walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi kerajaan.
Dua calon lagi yang bakal memecah peratus undian ialah ialah Henry Van Yi yang dipilih Parlimen serta Myint Swe dari tentera.
Presiden baharu Myanmar yang terpilih nanti dijangka bertugas secara rasmi pada 1 April ini.
Parti pimpinan Suu Kyi itu menang besar dalam pilihan raya pada 8 November lalu dan ahli Parlimen dijangka mengesahkan pencalonan Htin Kyaw sebagai pemimpin baharu negara berkenaan.
Agensi
Tue Mar 15 2016
Penyokong NLDP meletakkan harapan tinggi buat calon presiden yang diketengahkan oleh Suu Kyi, iaitu Htin Kyaw. - Foto AFP
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Anak lelaki risau tahap kesihatan Aung San Suu Kyi di penjara
Kim Aris dakwa, ibunya dinafikan akses kepada doktor luar selepas mengalami pening dan muntah.
Pengampunan separa Suu Kyi tidak bermakna - Anak
Pengampunan separa oleh tentera junta Myanmar terhadap bekas pemimpin yang dipenjarakan, Aung San Suu Kyi tidak mempunyai sebarang makna.
Thailand sambut baik pengampunan Suu Kyi
Thailand berharap pemberian pengampunan itu akan membantu mewujudkan suasana kondusif untuk dialog politik di Myanmar.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Junta Myanmar beri pengampunan negara kepada Suu Kyi
Bekas pemimpin parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) itu dipenjarakan sejak rampasan kuasa Februari 2021.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suu Kyi sokong rundingan 'tanpa syarat' untuk hentikan krisis di Myanmar - Laporan
Pemimpin Myanmar yang dipenjarakan Aung San Suu Kyi akan menyokong rundingan "tanpa prasyarat" untuk menamatkan krisis yang berlaku di negara itu.
UK umum sekatan baharu terhadap Myanmar, sasar pembekal peralatan tentera
United Kingdom pada Isnin mengumumkan sekatan baharu terhadap Myanmar, termasuk menyasarkan pembekal peralatan ketenteraan kepada junta.
Kerajaan tentera Myanmar nafi lakukan pembunuhan beramai-ramai
Anggota kumpulan penentangan bersenjata mendakwa bahawa mayat mangsa ditemukan di pekarangan sebuah biara Buddha pada lewat Sabtu lalu.
Pilihan Raya Myanmar di tengah-tengah keganasan, Ketua PBB suarakan kebimbangan
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Isnin menyuarakan kebimbangan mengenai hasrat junta Myanmar untuk mengadakan pilihan raya di tengah-tengah keganasan.