50 mumia yang dikatakan dari era Ptolemaic (305-30BC) telah ditemui oleh pakar arkeologi Mesir, menurut Kementerian Antikuiti negara itu.

Mumia tersebut, 12 daripadanya kanak-kanak, ditemui dalam empat makam pada kedalaman sembilan meter di tapak Tuna El-Gebel.

Ada di antara mereka dibalut dalam kain linen, manakala yang lain dikebumikan dalam keranda batu atau kayu.

Identiti kesemua mumia tersebut masih belum dikenalpasti, menurut pegawai, namun mereka dipercayai daripada golongan atasan.



Beberapa mumia kanak-kanak turut ditemui di makam tersebut. - Foto Reuters


Beberapa mumia dilihat dibalut dalam kain linen. - Foto Reuters


Seripahan keranda kayu dilihat berada di atas beberapa mumia tersebut. - Foto Reuters



Tapak Tuna El-Gebel di Minya terletak di selatan Kaherah. - Foto Reuters