Seorang model lelaki menemui ajal di pentas peragaan selepas tiba-tiba rebah pada hari terakhir Minggu Fesyen Sao Paulo (SPFW).

Menurut penganjur, Tales Soares, model dari Brazil berusia 26 tahun itu rebah ketika berjalan di pentas peragaan jenama Ocksa pada Sabtu.

“SPFW baru sahaja menerima berita kematian model Tales Soares yang sakit secara tiba-tiba semasa pertunjukan Ocksa,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, penganjur tidak menyatakan punca kematian Soares.

Soares rebah ketika mahu meninggalkan pentas peragaan dan pasukan perubatan segera memberikan rawatan kecemasan.

SPFW berkata Soares kemudian dikejarkan ke hospital di mana dia disahkan meninggal dunia.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Tales,” kata SPFW.

Label fesyen Ocksa dalam satu kenyataan di Instagram berkata seluruh pasukan amat terkejut dengan kematian Soares yang menandatangani kontrak bersama agensi modeling Base MGT.


Brazil, Model Death, April 27 2019



Comunicado Oficial

A post shared by São Paulo Fashion Week (@spfw) on